Saturday, December 31, 2011

End of 2011 & Welcome 2012

Adios 2011.. Marhabaa 2012

2012 akan menyaksikan kehidupan 'surirumah sementara' selama 3 tahun. Lepas berfikir panjang, maka keputusan cuti tanpa gaji ikut pasangan telah di ambil untuk kami sama-sama unite di Doha as a complete family. Phewww.. Resign? No wayyyy.. En HM pun tak stuju, keja gomen wehhh.. Rugi nyaa la haii nk benti, keja rilek2 lenggang kangkong tetiba dpt bonus kan? Terbaekk.. Lgpun, bak kata Yeen, end of the day our country yg akan tlg kita blk, sooner or later for sure akan blk negara kita jugak, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri (dgn peel pak arab yg memeningkan kepala, for sure akan blk negara kita jugak akhirnya)..

So, my leave will start on 1st March 2012-1st March 2015.. Fuhhhh, lame tuhh.. X biase la dok umah nih, I nih tak-reti-dok-diam type of person, aduhaii.. Sebagai persediann, I will start something thru internet, online bisnes watsoever, kena generate income jugak, x biasa la nk mintak duit asben jek manjang, nanti my online biz dah up, akan di war war kan, dan hope everything goes well..Amin!!

Last but not least, hope 2012 akan membawa kebahagian dan kebaikan dunia dan akhirat, sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Amin!!

Thursday, December 29, 2011

Breastfeeding Challenge : Day 30

Alhamdulillah, perjalanan menyusukan my lil one Hayfa Medina masuk hari ke 30.. Aku tak berjaya menyusukan Hafiy Mirza sepenuhnya dulu.. Frust sangat tak tau nak ckp, sekarang nih bila aku BF Hayfa Medina dan terpandangkan abangnya, hati jadi sangat sayu dan sedih, rasa mcm aku tak adil untuk depa dua, marah kat diri sendiri sebab tak cukup ilmu BF waktu deliver abang dulu, tapi masa dah tak bleh undur balik, dan bersyukur sebab Hafiy Mirza membesar dengan baik walaupun tak dapat susu ibu sehingga 2 tahun..

Kali nih aku x bg chance lg, sejak dari pregnant aku dh cari segala info pasal penyusuan, aku berkawan dengan otai otai BF, ada yg tak kena terus refer kat otai otai nih.. Alhamdulillah mereka banyak membantu, terima kasih! Encik abah yang always support endlessly.. Thank you very much dear (byk btol prezzie bersalin dan menyusukan ;) nak bg semangat punya pasal)

1st and 2nd week adalah yang paling challenging bagi aku, luka jahitan belum baik,masih berjaga-jaga.. baby ada slight jaundice yg mesti minum banyak susu padahal day 1-4 susu tak kluaq lagi, yg ada cuma kolostrum.. tp gigih jugak, mesti lawan, day 5 kena bengkak susu, sakitnya Allah sj yang tau, malam 1st balik rumah mmg mencabar, i didnt sleep at all, baby sentiasa melekap nk nyusu, fuhhhhh.. syukur, encik abah banyak membantu.. malam tuh mmg rasa nk patah pinggang, 2nd week pun still x bleh bajet jadual nyusu baby, asyik bergantung jaa dan hasilnya adalah dua bijik pipi yang labuh.. hihihi.. terbaekk..

Hari nih genap sebulan Hayfa Medina menjenguk dunia dan masih belum ada tin susu FM kat rumah, pandai mama dia membantu ekonomi abah.. huhu, takmau la bercita cita setinggi langit ke 7, kita buat target every month, baru tak terasa jauh dan susah sangat nk capai, hehe.. Semoga Allah permudahkan urusan aku dalam menyusukan Hayfa Medina sampai 2 tahun, lgpun kami nih kaki berjalan, kalau BF nih mmg sgt mudah la, nak jek selak.. xyah susah nk berangkut termos dan susu bagai, salah satu sbb nk fully BF baby kali neh.. Doakan perjalanan penyusuan yang kurang rintangan untuk aku dan Hayfa Medina!


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 22, 2011

Iphone 4S 32GB

Oh dear,

I can't handle so much of surprises, one after another..

After that 'diaper bag' and now the most-talked-gadget on earth..

I don't know what to say anymore, love you till eternity..




p/s : keluar satu Hayfa Medina, dapat 2 present, terbaekkkk boboboiiii..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 19, 2011

sempena melahirkan.....

....maka encik shuben dengan baik ati nya telah mem'prezzie'kan 'diaper' bag idaman.. I Love You very very strong la awakk.. Terbaekkk.. katanye.. "Nahhh, 'diaper' bag awak.. Jgn nk beli or mintak 'diaper' bag lain" hihihi.. Jwp harus lah.. Ok (dlm hati, tp tak janji tau x mintak yg lain, muahahaha), ahkakkk xyah pi JPO u olls, import special from Doha, yeayy!! Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga, Amin..

Kisah benar

SA LV : May I help you sir? Is it for birthday or anniversary?
Sir : Im looking something for my wife, special for her coz we will have our 2nd baby soon..
SA LV : Owhh really? That is so sweet.. U prefer mono or damier?
Sir : Mmmmm..

and the conversation goes on..

the outcome? taraaaaaaaa..




p/s : googling on 'eastern Europe & western Europe' which one do you prefer? gatal tapak kaki lama tak berjalan..


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, December 5, 2011

Latest addition of HMlafamille

As Salam


Alhamdulillah.. I safely delivered to cute baby girl on 30th November 2011 (5:56pm) weighing 2.95kg at KPJ Penang Specialist Hospital. Both baby and mama are in good condition. Alhamdulilllah.. everything went smooth.. Sakit pun tak lama sangat (but very the sakit dalam masa tak lama tuh.. huhu).. lps deliver tgk muka baby, hilang semua sakit, and this time memang bertekad betol betol to fully breastfeed my baby ( i failed before ).. till day 7 still going strong and hope getting more better and Allah berikan kesabaran to face all of this. Yang penting jangan stress, rileks, pasti susu ai akan banyak, yeay! Nak tgk pic baby?? satu dulu ekk kat blog.. yang lain lain kat FB ;-)

che mek molek Hayfa Medina

'high' lepas pekena, huhu





Thursday, November 24, 2011

BookWEB Kinokuniya??

Well... what can I say??? Recommended!!

Actually dah lama aku dok carik buku KUMON nih for Hafiy. Then dah register kat KUMON ari tuh makin membuak buak la nak tau where i can get all these books. Rasa dah carik kat Popular and MPH, tapi tak jumpak. So teringat la kat MommyLyna sbb mcm penah baca kat blog dia yang dia ada belikan untuk Hafiy dia, bila dah tanya tuh dia ckp beli kat Kinokuniya. Ting!!!! baru la kepala hotak aku bley relate Kino dgn KUMON, sah sah la dari Jepang, so buku Jepang dijual di kedai Jepang. Then trus tanya dia, Kino bley order online tak? dia ckp bley. Maka gigih la aku meng'google' dan jumpa la BookWEB Kino, zasssssss trus aku order. Kino nih ado satu jaaa kat KLCC, aku plak kat Penang so cara paling senang nak dpt buku nih is order online ja la. Luckily buku-buku yang diorder mmg dah sedia ada kat fulfilment centre depa, so takyah la tggu lama-lama, if xdak kat fulfilment centre, it will take around 14days to reach you. Fengsan !! Kita nih biasa la kan, bila dah order tuh opkos tergedik gedik x sabaq nak tggu barang yang diorder sampai.

Bila dia ckp 3 working days to reach aku pun mcm bajet la hari khamis sampai, so mmg tepat laa, isnin mlm order, khamis org GDex dah call ckp nak antaq barang, yeayyyy!! So budak Hafiy, bersedia la 'tuisyen' dgn abah selama sebulan, nasib laaaa Hafiy wehhhh.. takdak channn la nk bersuka ria x tentu hala sgt, mama dah siap sedia dgn pelbagai aktiviti sepanjang mama berpantang (mama kena kurung, Hafiy?? jgn harap nak bersuka ria, harus kena teman mama, hahahahaha)

Order 3 books pelajaran, lagik 1 book untuk leisure time (cut&paste)

budak Hafiy Mirza punya



nak info pasal Shaklee?? go to vitaminsemulajadi

Tuesday, November 22, 2011

KUMON Learning Centre

As-Salam

We decided to enroll Hafiy at KUMON Learning Centre. Since school holiday already started and nampak gayanya si Hafiy pun asyik sangat dengan main dan melupakan langsung hal-hal pelajaran, maka adalah sangat sesuweyyyyy enroll dia to one of learning centre dlm erti kata lain tuition class. Before this dah tanya kat Smart Reader for english tutorial, but they didn't accept 4 y.o kids coz class only for once a week, so kalau kids below 7y.o mmg cepat sgt lupa. Then si mama yg gigih dengan perot terboyot-boyot nih pun google info related to KUMON Learning Centre. Luckily, they hv a branch near tok's house. Possible to send and fetch him at anytime. So, masih dgn prot terboyot-boyot gigih la si mama pi survey tmpt but unfortunately, that place was closed. Checked back the operating time in their website, that centre only open from 4pm-9pm every Monday and Thursday. Before that, I did call the PIC to chk on trial class that they offer. So, appointment been made yesterday at 5pm. Here we go!!! ;-))

After Asar around 4.45pm, I'm ready tapi budak yg patut pi tuition tuh sah la tak ready, mana nk readynya, baek punya kakak kluaqkan bermcm jenis mainan nak main, maka bercucuranlah air mata, berdrama lebih kurang, berjaya jugak ajak dia naik kereta dgn alasan if Hafiy x teman mama, mama akan merajuk lari balik KL sorg2, owhhh sgt menjadik taktik tuh sbb dia mmg saspen sgt kalau mama nk tgglkan dia, lgpun dia dh tau yg for this year school is over for him and mama oso. Dalam sedih2 pujuk mcm2, berpuluh plat number keta dia baca along d way, maka berjaya la kami anak branak sampai, huhuhu.

Straight away jumpa dgn head learning centre for that branch, nice Indian lady Ms Kamales, after briefing lebey kurg, so we opt to take English tuition only, x mo la kasik budak tuh stress sgt, takat addition, substract, multiply, divison tuh mama pun bley ajar, rugi jaa jadik cikgu kalau benda gitu pun xleh ajar anak kan? Huhuhu, amik English pun sbb nak preparekan dia before ke Doha, x byk, sikit pun jadik la, budak nih ok jugak english dia, dia belasah and bedal sesuka ati dia jaaa, huhuhu, simple sentence mmg byk dia boleh, vocab pun byk jugak, tp tuh la, ayat takley blah die "Hafiy want to speak with mama only, tok dont know how to speak English" ewah ewah.. Suka suki jaa nk ngutuk tok noooo.. hahaha

Dah isi form semua, teacher dia kasik one worksheet utk dia buat, derg pakai concept repetition and phonics, maka buat la worksheet dgn teacher dia one to one session. Nama HAFIY pun dari x reti tulis, dok depan teacher baru trus jadik pandai tulis, hahahaha. Mmg x nak kalah punya budak, pas abes worksheet tuh, dia mark sendirik, tick kat every word yg dia dah baca then buat big circle tulis 100 dalam big circle, tuh pun dia buat sendirik, excited la member, dia feeling2 jadik teacher plaks, hahahaha.

So far so good, so pas abes satu worksheet, dpt 2 worksheet for homework, satu utk tuesday satu utk wednesday, thursday class buat lagik worksheet and dpt homework lagik, their concept is make parents oso get involved into this approach. Ok la, kdg2 utk budak sebesar nih kita pun xtau their level at least bila ada homework nih bleh la jadik guideline utk parents. This thursday masih lagi ke centre with mama yang memboyot nih, hehehe. Next week mama bley rest, semua tuh urusan abah, yeayy!! Abah will touch down KLIA on Friday morning, ada jugak tau positive dok jauh-jauh nih, less gaduh gaduh, more sayang-sayang rindu-rindu which is for me is very good for a healthy relationship ;-))

Jom layan worksheet dak Hafiy yg die banggakan, hiks!

Tulis nama sendirik,haha.. big circle with 100 inside

his homework, adegan berperang dgn mama bermula, hihi!

Tuesday, November 15, 2011

Cupcakes Choc

As-Salam

Me & baking? So not rhyme! Tapi kali nih maybe sbb pembawakan budak pinky pinky rasa asyik nak mkn kek and pastry semedang. Konon nak aktif-aktif supaya cepat meletops (tak larat nak bwk dah nih) tapi nan hado, mana dak ahkak tau sgt, ahbang dok berdoa di Doha nun soh tiny HM tunggu dia blk dulu, mmmmmm maka buat kek untuk dimakan ja la.. huhu, sng taruk dlm cawan cuppies nih sbb skalik nk mkn amik satu xyah potong2 bagai, dak Hafiy pun suka, yeay!

Ekceli ngelat jugak laa, bkn bake sgt pun, nih cuppies steam. Huhu, resepi paling sempoi, kalau bab resepi sempoi dan senang dibuat sedap dimakan, makcik ahkak mmg master, bkn takat choc cake sj, membawa ke puding karamel malah nasik goreng pun sempoi, jenuh la berjela nak copy resepi from her as preparation ke Doha nanti, huhu!

Rupa dia mmg x menarik u olls, tapi rasa dia mantops! Ahakss, blah la ko Capt, x abes abes muji diri sendirik! Kahhhhhhhhhhh.. tgk 2,3 kali sropa apam cekelat, blasahhhhh!

cup kembang sbb steam.. blasah!!
walaupun merekah tetap VOGUE!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 11, 2011

11.11.11

As-Salam

Owhhh saya juga tidak mahu ketinggalan untuk update blog pada tarikh yang disebut-sebut orang nih. 11.11.11, cantik tarikhnya tapi takda maknanya, sama saja kalau nak dibandingkan dengan hari lain. Berderet status FB ari nih berkaitan tarikh nih, dan yang lebih lawak saya rasa, ada yang turut tunggu 11.11.11 on 11.11.11am. Fanatik 11!! Biarlah mereka dengan labu labu mereka.

11.11.11 saya sama sahaja. Tidak mengharapkan tiny HM untuk 'jenguk' dunia hari ini walaupun ikut Datuk Nora hari ini saya genap 38 minggu dan tiny HM juga sudah 'masak ranum' dan boleh dikait bila-bila masa saja. Funny kan? Tapi itu ikut Datuk Nora, kalau ikut Dr Ramesh, hari ini saya 36 minggu. Saya pun pening dan pelik. Lain-lain EDD yang diberi tapi firasat saya kuat mengikut Dr Ramesh. Genap 38 minggu Dr Ramesh adalah 25.11.11 dan pada tarikh itu juga si abah touch down bumi Malaysia. Lebih molek kiranya abah ada bersama-sama dalam labour room untuk mendengar jeritan mama kesekian kalinya ;-). Lagipun saya dah dapat agak yang tiny HM memang menunggu abahnya sbb setiap hari si balong Hafiy dok berzikir zikir di perut ingatkan adiknya "tunggu abah, baby tunggu abah tau", dan kalau siapapun yang bertanya kepadanya bila baby nak kluar, jawapan dengan konfiden mesti balong jawab "baby tunggu abah balik dulu". Naluri saya kuat mengatakan tiny HM seorang yang 'mendengar kata' abangnya.

Abah off day 3 ari dari Jumaat sampai Ahad. Ada aktiviti mengetam (tangkap ketam) katanya bersama colleagues AlJazeera. Being abah yang antisocial dan bukan jenis kaki gebang, benda-benda mcm nih mmg amat merunsingkannya. Nak ajak berkelah dan makan-makan macam nak ajak berperang gayanya. Dia lebih gemar bersukan. Katanya bersukan lebih mudah. Sampai main, habis main boleh balik. Tak perlu sembang dan gebang. Keluar peluh badan sihat. Berkelah, makan dan bergebang adalah sangat tidak sesuai dengan dirinya. Abah... abah... nanti bila mama dan anak-anak berhijrah ke Doha, abah be prepared yerr sbb mama nih org yang kuat bersembang dan bersosial. Tapi sosial-sosial mama pun, kalau asyik picnic dan buat makan-makan, JEMU lah!! Makan dan makan boleh memudaratkan diri, skarang nih muda-muda lagi dah kena kencing manis dan darah tinggi. Minta simpang jauh-jauh. Kalau futsal dan netball?? Mama sentiasa ok, dalam pada visit Doha for one month December 2010 pun sempat jugak mama join geng futsal kat sana. Dan mereka mereka di sana jugak x abes-abes bertanyakan bila nk stay Doha for good. Mama dah ckp, if stay Doha for good pasnih ada 'handbag' comel, mcm mana nak main? geng geng sana dah sound, takpe.. main punya pasal.. bwk jek 'handbag' taruk dlm stroller, gilir-gilir bleh tengok. Memang terbaik! Dah nampak dah kepala ngam tuh ;-)

Eh, berjela pulak story 11.11.11 nih. 

Ok daaaaaa, c yaaaaa..

wajah kesayangan saya

Tuesday, November 8, 2011

Winter is coming...

As-Salam,

This is my 301 post since i started blogging few years back. Not bad huh?

Don't confuse with the title, winter is coming in Doha, not here in Malaysia ;-) tapi kat Malaysia pun bley tahan kesejukannya sbb hujan sepjg hari lately. Untuk encik abah nun jauh di sana, teruja la sbb bila nk ubah from summer to winter mmg bumi Qatar akan hujan. Mmg semua excited bila hujan, semua update status kat FB. Bila difikirkan balik mmg lawak aa, sbb bila hujan guruh di Malaysia, mostly banyak merungut baju basuh tak kering la, jalan jem, susah nak gerak sana sini. Tapi bila dah duduk kat tempat orang, baru rasa betapa beruntungnya bila dilahirkan di bumi Malaysia. People never appreciate something until they lost it.

I spent 1 month holiday last December in Doha with Hafiy Mirza, dalam sat tuh pun, sempat lagik rembat one nice trench coat kat H&M, hihihi. But winter in Doha tak mencapai tahap piawaian ahkak la, I experienced 10degrees temp at that time, kurengg sejuk aa, huhu. Keciwa ahkak tau. Lagi satu keciwa, temp dah low tapi panas terik jugak, terus potong, adeh! Malu nak sarung trench coat, huhu..



Maka trench coat tuh terus terusan menjadi hiasan dalam gobok encik abah di Doha, huhuhu. Sorry to say la abah, we have to plan for Europe vacay la, busuk busuk pun takat Turkiye sbb nk bergaya dgn trench coat, hwaaaaa. Jom aarrr jom arrrr (kalau kt UK, summer pun leh melaram dgn trench coat.. Miss UK badly :-(


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 7, 2011

Mama... I want fact NOT fake!








As Salam,

Lama sungguh x update pasal budak nih, mulut dia la nih.. hoihhhhh mmg mencabar minda sungguh nk balas, mmg stress mama layan sorg sorg.. tp nk buat mcm mana mmg kena layan jugak, semua benda dia tanya, fact plak tuh, perghhhh, mama tgh dok mencarik buku tell me how & tell me why.. senang nk explain and tunjuk gambaq.. abah mmg keep pesan pada mama jgn ckp tipu dgn anak, how hard the Q is, and how complicated the answer is, we as parents dont ever lie to them, no ckp selindung-selindung, cover-cover, sbb first answer yg depa dpt from kita depa akan ingat smpai bila-bila and susah utk kita nk re-explain, as for me.. few things we shud copy from western jugak.. org putih, style depa mmg x ckp tipu dgn anak.. Try our best to explain pro & cons in a very best way.. and surprisingly it works for us.. parents also need to communicate each other, jgn bodoh sombong plak.. like me, if ada benda yg x sure, i never jump into conclusion, jwp yg sebaiknya is we call and ask abah instead (sbb dia lg percaya ckp abah dari mama.. hihi).. bila abah explain, dia ooooo oooo oooo and for sure ada follow up Q, kdg kdg mmg mati akal nk ckp, tp bila dah kita explain pun based on fact, sng la jwp utk next2 Q, bygkan kalau kita ckp tipu, mmg jenuh la makin berjela jela penipuan yg akan berlaku lepas tuh kan...

Try the tips.. It works for you!! (dari nk story bab anak trus terbabas jd tips of the day.. trus rasa diri sgt berilmiah.. ngehngehngeh)

Sekian, pesanan khidmat masyarakat dari me...him...us...



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Penang

Saturday, November 5, 2011

Happy EidAdha to all





Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada semua..

Tahun nih Hafiy raye dgn mama di Penang.. baby HM is ready to 'see' abang Hafiy anytime from now.. so, mama dah ready kt kg.. kang dok ulang alik KL-Penang, mau kang terberanak kat Hosp Slim River.. huhu..

Abah raye di Doha, raye bkn bermakne pun buat abah, lgpun abah keje on raya.. so xde beza utk abah.. huhu..

Oklah.. yg best raye utk saye sbb dpt mkn jek.. Tok buat laksa, feveret saye, yeayy.. mlm nih main bunga api lagik, double yeay..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Penang

Wednesday, November 2, 2011

pinky mood

hormon dah berubah u olls.. x mau dah gelap gelita.. kita layan pinky pinky puloks..

almaklumla ahkak la nih tgh gila pink, lite purple, lite yellow dan seangkatan dengannya..

comey comey comey..

kalau tetiba tubik blue blue.. mmg matikkkk aa.. dlm gobok semua kaler pinky pinky sajork

tapi InshaAllah.. pinky pinky konpem kot.. dah di konpemkan oleh 3 gynae.. Aminn..

encik abah adalah yang paling sexcited skalik nk dpt gugirl.. harus laa nanti2 ngada ngada melampau dgn abah.. adehh..

blom apa-apa dah bajet diva.. curlustttt u olls..




Monday, October 31, 2011

36 weeks and counting....

its 36 weeks.. Alhamdulillah!! Allah gimme strength to face it with lil Hafiy while abah is not with us..

everything almost ready, but ready in Penang and am still in KL..

if terberanak in KL.. adehhh.. tapi tak kot.. dan la nk blk Penang coming Friday for Eid Adha..

we (me and dear hubby) opt for KPJ Specialist Penang to deliver tiny HM.. been chk up in Penang few times with Dr Ramesh (super cool doc).. ahkak nk menggelabah x tentu pasal pun ala ala shy2 cat sbb doc sgt cool.. caya lahh.. hihihi..

abah's flight is on 25th Nov exactly on EDD.. gambel nih.. if x sempat pun ok sbb ahkak dah ada kt Penang, mak ada.. family ada.. no worries.. i can handle everything by myself for last 9 mths with tiny HM in my womb.. takat nk teran sorg2 i think i can handle it but still pray hard for abah sempat to be with us.. syiannn abah..(lgpun kalau ada abah, kat spital.. mama baling2 jek pad nifas tuh atas lantai.. abah setelkan semua.. huhu) 25th flight.. 26th pastikan branak.. hihihi.. his flight back to Doha on 21st Dec.. so ada la masa lebih kurg 1mth utk abah mengulit baby dan abang.. settle leave abah utk thn 2011.. thn 2012 kira lain.. konpem sat jaa dia blk Doha, pastuh x leh tahan mesti nk blk tanah malaya balik.. dia bkn pedulik sgt kat mak budak2 nih.. dia pedulik anak anak jek.. kalau jumpa anak.. sorry laa.. mak dia kena tolak tepi.. makan hati la weyy..

ok laa.. saja ja boring.. dh abeh exam.. dok tggu result budak.. so buang masa hapdet blog dgn wifi skolah yg lembsss nih.. daaaa.. doakan ahkak selamat semuanya yekk..


Wednesday, October 26, 2011

Maldives'11-Last part.. Marhabaa Doha..

Cuti seminggu u olls for Deepavali, heaven lepak kt kg order mkn kt mak mcm kt kedai.. perghhhhhhh sorga sungguh.. bz dok menyetelkn brg2 tiny HM yg sentiasa mensaspenkan mama dgn abah, huhu.. so terbantut la skek niat di hati nk setelkn bab Maldives vacay.. tp kena abeskn jugak before meletops.. pas meletops nk hapdet bab lain pulak..

santekk sgt

seaplane kami.. chewahhhh

welcome.. marhabaa.. selamat datang

gaya hidup mewah.. hoverrr taww

mama kena 'dera'

love this pic to the max

baru sampai

at lobby lounge, tggu seaplane

Day 4 dimulakan dgn bekpes, ujan pg nih.. so xleh nk berjln2 sgt, nk mkn pun kena call buggy, pas mkn ready packing semua sbb chk out 12.00pm.. so setel sumbat segala baju busuk dlm luggage, lepak sat then buggy amik nk ke reception for chk out.. ekceli seaplane kami kol 4.30pm.. Resort arrange jam tuh sbb ikut time flight ke Doha kol 8pm, so just nice, smpai Male trus chk in flight ke Doha..

Pas chk out, kami lepak kt Water Edge Bar, layan wifi sementara nk tggu seaplane, ujan dh benti tp still angin kuat, si budak Hafiy walaupun hujan ribut dia tetap teruja seronot x ketahuan, dlm kol 4 camtuh org resort dtg jemput kt bar bwk pi jetty, selain kami ada la a few couples korea and japanese, kol 4.30pm dh loading brg and org, ready to take off.. kali nih saspen lebih skek sbb laut bergelora, angin kuat.. seaplane nih mmg bising tp yg heran dak Hafiy bleh jaa bantai lena beria2.. konpius ahkakk tau.. sampai Male around 5.30pm, dh ada org hotel tggu utk bwk chk in flight ke Doha, smpai ke dlm epot kt kaunter chk in dia bantai masuk dgn selambanya.. Luggage mmg kita xyh pedulikkn lgsung, semua depa uruskn, so lepak la kami dlm tuh smpai flight kol 8pm...

Luckily flight x delay apa pun, so take off awal 15mins, flight Qatar Airways fr Male, flight baru, mmg yg mn naik mlm semua muka letih, naik naik ja trus lena, si dak Hafiy bleh plak tgk movie gelak pny kuat, cisss kasik mama malu saja.. Nk bandingkn dgn MAS mmg flight nih jauh lebih cunnn, bab perbandingan carrier nih nnti ahkak wat entry special, huhuhu, journey smooth, no hard terbulence along d way, yg biasa2 jek..

Flight 4 hours to Doha, smpai lebih kurg kol 10pm, perghhhhh ramai gila umat, mostly from GCC country, abah call kwn dia fetch kami kt epot, ckp la kata ramai org, member dia bg tips soh dokong dak Hafiy, menjadikkk siot taktik, trus org Qatar Airways tuh soh kami pi line up kt special lane for family yg ade bdk kecik and org tua, lajuuuu ja la kami tuju, selamat.. setel satu bab, pas cop paspot, kluaq tuh.. tggu sat then kwn abah dtg amik, pas anta kwn abah kami straight pi hotel, abah book Holiday Villa Doha.. hotel org Malaysia, mmg best la bab mkn2 nih.. mlm tuh just order room service mkn kt bilik.. lps mkn, pekena hot shower trus zzzzzzzz, mmg letih gilaaa.. dak Hafiy mmg dh lama pengsan.. huhu

Esok pg tuh bekpes kt lobby lerr apa lagik, kiterg mkn bersungguh2, sbb ada nasik lemak.. mantops.. Lepas gian u olls.. Huhu, chk out around kol 12pm, then pi umah Aizal.. lepak kt sana, flight back to KL mlm tuh kol 1am, mmg gilaa aa schedule kami, masuk Doha just nk cop paspot jaa.. buat keja gila dgn bwk anak, mmg tabah betoi, dgn ahkak pny mabuk pun still ada lg sket2, huhu.. Before pi umah aizal sggh Landmark sat beli sluaq dgn baju bdk Hafiy, dh abih bj dia.. semua x basuh.. haha, pastu lepak kt umah Aizal, mlm kol 11.30pm gerak pi epot, sambar perfume 2,3 ketoi kt duty free, flight pun take off on time, dak Hafiy tdoq straight 7 hrs smpai KLIA, mmg penat x tau nk ckp, tp sgt enjoy..

my 'madu' yang sentiasa direstui ;-)

Phewwww.. Settle bab Maldives, kegilaan tidak habis d ctu, smbg gila cuti cuti pantai timur plaks, enjoy pics, more pics opkos kt FB, seriyes sapa2 yg tgk Maldives, mesti berazam kompol duit nk pi jugak ;-)

** most pics time arrival day.. day 4 x byk amik pics..


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, October 13, 2011

Maldives'11 - Day 3

hoihhhhhhh.. satu pencapaian nih.. hapdet 2 hari berturut-turut **tepuk kat diri sdiri**.. ada hikmah jugak notebook encik abah di Doha rosak.. maka dia sudah membedal notebook ahkak.. lalu ahkak telah meroyan dan membingit nak netbook baru.. ahkak takmo dah notebook.. berat nak mamp*s nak hangkut ke hulu hilir.. sudahnya keja semua terbengkalai sbb malas nk on notebook.. so netbook is the best.. kecik comey ringan senang nak hangkut.. yg plg penting ahkak berjaya nipu si budak Hafiy ckp komputer small xde game.. sbb small sgt.. dan dia percaya.. sudah laa Hafiy.. sronok sgt la kan.. Ipad Iphone PSP semua konker.. bagi la mama chance privacy skekk.. syuhhh syuhhhh pi main gejet2 kamu..

ok.. smbg bab Maldives.. ekceli day brapa pun kat sana.. sama jaaa.. xdak beza.. xdak pebenda sbb bkn tmpt shopping or jln2 mkn angin.. dia tmpt rest.. mmg rest abes la kami anak beranak.. ari nih kami plan nk pusing pulau.. konon2.. sbb katanya kalau jalan kaki keliling pulau takes only 30 mins.. so pas bekpes (bekpes pun dh ala2 matahari meninggi) maka xtvt pusing pulau pun dah matahari meninggi.. tapi budak Hafiy mentenn menggedix.. jakun gilaaa.. dah la dgn baju ben10 jeans pendek tuck in.. mmg skema abes.. lawak gilaaa.. hahahaha.. walaupun panas.. tp dia mentenn hepi..

view from Water Edge Bar.. nice huhh?

snorkeling bawah villa.. saspen nmpk ikan todak.. hahaha

dlm dok round pulau tuh.. skalik nmpk VIP seaplane.. mmg cunnn aaa.. dari jauhh kami ushar jaaa.. sapa yg nk turun dr VIP seaplane tuh.. bygkan.. kalau seaplane bodo yg kami naik tuh pun return 1.4k/head (stended rega KUL-MALE dgn MAS Airlines.. gilosss kan? padahal flight 40mins jaaa.. adehhh) VIP seaplane tuh mau makan 5,6k.. mmg gempakss.. ushar punya ushar mmg sah laaa family from middle east.. anak branak turun mengerbang dgn jubah bagai.. perghhhh tokey minyakk.. patut aa selamba.. mat salleh pun naik seaplane bodo mcm kami sajorkk.. huhuhu.. round punya round .. posing punya posing... maka mengah laa anak branak bila sampai villa.. adehhh.. nyesal pulak hakuu berjln.. baik amik buggy jaaa.. hahahaha.. blk villa.. dak Hafiy dia xdak keja lain.. dok berkubang dlm bath tub dgn abah jaa.. abah plak rajin sgguh melayan anak bab tuh.. mama mmg bolayan.. baik layan tv.. prot dh kenyang.. kaki dah lenguh.. maka xtvt tidoq adalah paling best time nih.. huhu..

ptg pun cuaca ok and menariks.. main tulih2 kat pantai laa.. apa lagik.. Hafiy Mirza was here in Maldives lerr.. huhuhu.. jakun sgguh dgn pasir anak ahkakk.. ish ish ish.. pas main pasir spt biasa terjun family pool.. buang pasir semua.. baru blk bilik..

bagi channn la mama posing

malam spt biasa.. dinner lerr kami anak branak.. theme dinner mlm nih dh lupa.. hahahaha.. dlm pada dok dinner tuh.. sebok laa encik abah dok tgk jam.. paseipa plak mamat nih.. tp ahkak maleh nk layan.. makan jaaa laaa.. nk blk bilik mmg x berdaya dah nk jln.. amik buggy jaa.. sampai ja bilik.. wallaawehhhhhhh.. serprise lagik.. ada kek cokelat sebijik siap pisau beriben merah tulih Happy 5th Anniversary Thank you for everything.. caya lahhh abah.. pakat dgn org resort lagik and d cake oso complimentary.. mmg da bomb laa.. byk bende free.. hehehe.. maka tertido la sang mama mlm tuh dengan senyuman sampai ke telinga.. muahahahahaha..

surprise kek cokelat.. Thank You awakkk!!


Thank you very much Mr Hairul Muhammad..
I know I never show my love and affections to you openly (i control macho beb)
but deep inside u know i love you very very strong bebehhh :-p
Thank you again for everything!! (nxt vacay Europe trip ekk.. demand i.. hahaha)
(mati lahhh ahkak kena kutuk kalau die baca nih..)

Maldives vacay last day akan menyusul kemudian.. yeahhhh



Wednesday, October 12, 2011

Maldives'11 - Day 2

haaaaaaaaaaa.. hamik kauuuu.. berbulan nak hapdet.. i think blogging is not relevant for me anymore.. tapi nk kuburkan mcm sayang.. byk kenangan dak Hafiy Mirza dlm nih.. haishhh.. layan jaa laaa.. hatta 3,4 bulan skalik pun.. lantak lerr.. nak kata bz sgt idak lerr bz sgt.. cuma malas nk menaip plus dah makin boyot nih.. mengah.. huhu.. nk kena handle dak hafiy sensorg.. mmg la menguji kesabaran.. phewww.. dah dah.. smbg ke cerita Maldives yang bertangguh.. bab vacation nih kena letak dlm blog.. nnti leh refer kalau nk pi lagik.. utk kes Maldives nih.. pi skalik jaaa la kot.. hihihi.. pasnih baik round pulau dlm Malaysia.. hehehe.. janji dh sampai Maldives tuh...

Day 2 we oll start with complimentary bekpes lerrr.. still kat Irufushi Res. semua complimentary bekpes and dinner kat cni.. so kami x try pun kat restaurant lain.. nk try pun siap dgn reservation bagai.. malassss aa.. lagik pun kena byq lagik.. baik xyah.. dlm pada baikk punya mkn.. ada bellboy mai carik kami kat restaurant sbb ckp nk kena chk out from bilik.. ada guest lain nk masuk.. tgk jam baru 10.30am.. skalik baru tringat.. time kt irufushi tak sama dgn Male.. jam kami ikut Male time 10.30am.. padahal irufushi 11.30am.. adehhhh.. seb baik dh mkn byk.. and nk amik desert2 jek.. trus blk bilik.. kemas lebih kurg.. dgn pantas.. pindah bilik.. satu mlm jaa kat beach villa.. lagik 2 mlm encik abah nk test water villa.. so move la kami ke water villa dgn buggy.. seb baik barang pun tak byk.. ala2 ciput jaaa.. 

wowwww abah.. umah atas air..

arghhhhhh this is too muchh... too seronottttt

sampai kat water villa... bukakkk ja pintu.. tarrrrraaaaaaaaaa... surprise from encik abah.. dia pakat dgn org resort utk make up bed cantik2 bentuk love taruk petals.. ade words Happy 5th Anniversary guna daun kelapa.. ecececececehhhhh.. oh my 'Seth Tan'.. (Seth Tan pun kalah.. hikhikhik) Ok.. full mark for you awak.. bravo bravo.. serprise anda menjadik.. pastuh apa lagik posing la sana sini sinun.. dlm pada dok gedix posing, saspen jugak kang anak bujang ahkakk terjun laut.. kalau tgk ke rupa dia.. mmg teruja x terkata laaa.. dok fuyyoooo fuyyoooo.. rumah atas laut.. hahaha.. jakun anak ahkak.. org kg la katakan..

ececehhh.. feeling feeling Nora Elena (versi tanned melampau)

dok di pulau nih mana ada xtvt nih.. xtvt membuta jekk laaa.. balik bekpes.. kenyang.. bungkang tidoq.. bgn.. lapaq blk.. order room service.. mcm tuh laaa.. nk main pasir pun panas.. ptg baru bleh kluaq.. kami jaaa gedix anak branak.. mostly japanese, korean dtg berdua for honeymoon.. omputih pun dtg berdua bg yg tua2 tuh dok rilek berjemoq ja manjang.. kami nih ja antara insan terpilih yg bwk anak.. ptg tuh spt biasa bwk dak hafiy pi main pasir tepi pantai then terjun family pool.. dia penakut, takmo mandi laut.. dia lg suka layan pool.. ahkak dok tepi jaa layan perasaan.. abah dgn anak jaa mandi.. 

lepas berkubang swimming pool... blk siap2 for dinner.. dinner mlm nih theme dia seafood.. apa lagikkk.. melantak laaa habis habisan.. udang besaq, lobster bagai.. biasak aa.. kalau nama org mlayu kan.. mau makan 2,3 jam melantak.. nak bagi untung punya pasai.. hahahahaha.. lepas tuh.. blk bilik.. apa lagikkk.. zzzzzzzzz laaa..

Hilton Irufushi.. recommended to all.. yeahh..

Day 3 continue lagi beberapa bulan... hahahahaha



Wednesday, July 6, 2011

Maldive'11-Day 1

Haaaaaa, kan da habaq, berjinggut la nk tggu update from day to day, haha, ahkak bz la u olls, sports day bakal menjelma, saringan, raptai gitu gini, semput ahkak, walaupun tshirt makin tak celuih, makin boolat tang prot, ahkak menten melompat kt padang sbb manjang terlupa ada 'isi', kalau dok kt padang, memang naik syehhhh.. huhuhu, dah dah, smbg story day 1

awal jugak bgn, sbb koi 6 dh cerah, so mmg otomatik terjaga, lgpn flight 4jam mlm tuh idak ler letih mana, ala-ala drive blk penang jaaa, so mentennn, hotel x sedia breakfast, x kisah sgt sbb tak lapar pn, around 8am camtuh, reception call ckp reprentatives fr Hilton dh ada kt lobby nk bwk pi jetty, from hotel ke jetty jln kaki jek, dia tlg bwk beg segala so lenggang kangkung ja la.. Dia cuma anta smpai jetty Male, so kami naik bot smpai jetty epot ada org lain plak tggu, kelassss, dlm bot penuh dgn org nk keja, kastam la, driver seaplane dgn askar bagai.. blasahhhh.. smpai epot, org Hilton dh tggu, trus bwk pi chk in beg utk naik seaplane and kami naik van pi seaplane terminal, smpai kt cni, u dont have to worry bout ur luggage until u reach ur hotel or resort, everything they will handle, best!! around 20mins naik van smpai seaplane terminal and kami dibawak ke Hilton lounge, flight around 9.45am, kami smpai around 8.45am, masuk lounge jaa dah kasik towel panas utk freshen up, best! ada 10mins complimentary back massage (ahkak harus x lepaskn peluang keemasan) and ada bekpes, bedalll.. apo laieeee.. kami amik seaplane from trans maldivian company (www.tma.com.mv).. sapo nk pi leh la surf..

kol 9.45am seaplane ready for take off, saspen okayyy, naik plane kecik and landing/take off atas air, huhu.. bak kata encik herol, try la, skali seumor nih, pasnih kalau nk pi pulau lg, pi pulau dlm Msia sudaaa, haha.. Journey will take around 45mins, along the way, pemandangan dr atas toksah crita la, subhanallah, cantik yg amat.. mmg x terungkap dgn kata2.. dak Hafiy leh bantai lena padahal seaplane punya la bising.. time nk landing tuh mmg saspen sbb atas air kn.. huhu, tp ekceli seaplane nih lg sng, die pakai bedall jek nk lajak sampai mana, xdak had had mcm airport biasa..

stop kat jetty Hilton dh nmpk ramai staff dia dok tggu, ghupanya, satu family satu staff akan amik, first skali Hafiy dpt goodie from Koamas (children dept depa), kami just bwk la goodie tuh x tringin nk bukak pun.. later2 la bukak, staff dia bwk pi Water Edge Bar for complimentary drinks sementara tggu bilik siap, 1st nite dok beach villa, 2nd and 3rd nite baru move to water villa.. once everything ready trus pi beach villa yg tgh2 hutan tuh, haha.. elok jaaa masuk bilik, baru tringat pasal luggage, trusss ting tong, bellboy smpai antar luggage, terer betoi communication between staff, bed cantik dia deco word WELCOME using daun kelapa, kretip, bilik mmg maveles, bathroom toilet semua open, kt luar.. Hamikkk ko, nk terberak pn ala2 shy shy cat sbb dak Hafiy dok lukcak lukcak depan pintu, adehhhh.. Seb bek pi anak branak, pi satu family, jenuh hah nk kaverr, haha.. but very the sexy laaaa.. kata honeymoon 5th anniversary, so just enjoy it and abaikan budak Hafiy tuh, hehe,

For lunch we just order and mkn kt bilik, ptg bwk budak Hafiy pi main pasir and mandi beach, utk hilangkn pasir2 beach, terjun pulak ke family pool.. bijak x? Hahaha.. mlm tuh ada complimentary dinner kt Iru Fushi Restaurant.. maka melantakla kami sehingga buntal, blk bilik mata dh xleh bukak.. trusss ke lalalanddddd..

Day 2 to be continue...














- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 30, 2011

dah tua kot..

Pregnancy kali neh sgt berbeza, major faktor harus lah umor, umor 26 dan umor 30 adalah banyak bezanya, mmg patut lerr doc pn x encourage umur 35 and above utk pregnant, byk risiko plus mmg x berdaya lerr.. seb bek setakat nih kami laki bini setuju takat 3 org jaa, insyaAllah next one another 3/4 yrs, tak reach 35 lg, hahaha, planning2.. as for me keriuhan sesebuah keluarga bkn terletak pd bilangan ahli rumah, tapi keriuhan mulut ahli rumah, even my husband agree, umah ahkak yg ado 3 beradik tuh berebut2 semua org nk berckp x cukup mulut, banding umah dia yg ramai, sorg bc sokkaba, sorg tgk tv, sorg tido, senyap sunyi jugak.. tu dia merapik meraban punya pjg...

Selain faktor umor, faktor kerja pn mempengaruhi jugak, b4 nih even kerja 9-6 tp dok ngadap pc and keja pn slalunya takdak, dok menghapdet blog jaaaa, la nihhh??? Hahhhh.. hamikkk habuannn, tiap2 ari jd mak lampir, bygkn ahkak ngajaq thn 1 dan thn 2, arahan harus kena ulang patplohpat kali.. "Cikgu, nk selang ke tak?" soklan tuh ahkak hadap tiap2 ari dan jwp pn ahkak kena repeat patplohpat kali, bygkn betapa kejangnya urat tekak urat prot ahkak tetiap ari, ngajaq mana bleh duduk, sah dh berdiri, pastuh kena uji kefahaman, pas uji buat latihan, time wat latihan ahkak kena round pusing2, kalau x pusing jgn arap la keja nk siap, ada ja laa 'agenda' depa.. sambil jln pun jd mak lampir tego yg nun yg nih yg byk x kena, adehhhh.. Bygkn satu jam setgh mcm tuh, total satu ari dlm 3 jam la round cenggitu, tetiap kali kluaq kelas rasa nk terberanak, tp tuh la ahkak ni jenis x pueh ati kalau budak x paham and xtau buat, seboleh2 nk pulun bg buleh, sbb geram, mmg la penat, tp tuh la dh jenis mcm tuh, xleh nk buat sempoi, buat semua sbb syg bebudk tuh, x kira mlayu, india, cina.. kalau ahkak x syg, ahkak x fedulik nk tego, buat paa nk terjerit2 mcm org gila, mampuih pi kt hampa la, betoi dak?

Nih baru 5mths, 4 mths to go.. but i take everything positively, byk jln byk bergerak moga2 ahkak senang beranak.. huhuhu, seb bek due on Nov.. baby Penang lagikkk, yeayy.. hope everything ok until the baby pops.. pray for me!!



**** nk jugakkk tepek pic, boh ja la pic 'balong Hafiy' yg cheeky neh.. jd lebai kt Pasar Siti Khadijah.. huhu


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 29, 2011

Maldives'11-Arrival

Fuhhhh.. Mkn taun nk hapdet Maldives vacay, bz NM.. and tiap kali bukak notebook, ada jaa pembuat onar yg dok haijek notebook, nk men PHDC, hangen satu badan, mau x mau kena hapdet thru aipong, susah nk taip, sabaq ja laa

Alkisah nk pi Maldives nih ekceli on June'11 wajib turun Doha, sbb RP expired every 6mths, once kuar fr Doha wajib masuk blk within 6mths, cop paspot pun jadik la, lepak 3 jam pn tarak hal kalau nk kuar blk, so when mr HM blk M'sia on Mac, we oll decide to buy flight tixx fr travel agency jek sbb malas nk pikiaq (dlm pada tuh ada plan nk berjln2 jugak).. so we went to one of travel agency kt IOI mall, asking for tixx KUL-DOH 1 adult 1 chld.. and guess what?? 7k okeh for return tixx.. then mr HM ckp, jom la pi Maldives, gambel, kami nih bkn plan2 punya type, laki bini belasah punya type, trus soh mamat travel agency tuh try book KUL-MLE-DOH-KL... Walllaaaa.. Only 4k++ for 1 adlt and 1 chld, and also mintak dia booking DOH-MLE-DOH, 1adult for mr HM, so anak and mama will go fr KL and abah from Doha, and wallaaaaa again, tixxs booked.. Hotel and everything pikiaq lain, laki bini sama2 belasah segala benda

For this vacay, i gave full responbilities to him to do all the booking (hotel and etc), aci la kan.. UK & Paris dulu ahkak dh letih berhempas pulas, kali nih let him do it for us, huhu.. Surprisingly he managed to do it very well, bravo la bahhh.. most concerned about which hotel/resort that provide halal food, luckily Hilton Irufushi Resort & SPA mmg provide halal food, Maldives is a muslim country, so u dont hv to worry much, Hilton pn dpt all the food stock fr Male, so ok la.. X pyh la susah pyh nk berhangkut rice cooker bagai.. huhu

Abah decided to book at Hilton Irufushi which is located at Nonu Atoll, ish susah la nk ceghita bab Atoll nih, google la sendirik ekk.. pulau dia ada byk, x silap +- 2000 pulau kecik2.. so dlm 2k tuh ada bahagian2 yg di pggil Atoll, slalunya 1 pulau ada satu hotel/resort jaa, mcm Hilton tuh, kalau jln kaki keliling pulau ikut beach will take around 1/2 an hour, sat jaa.. so leh imagine la kn? Pulau dia kecik kecik jaaaa..

Since my flight fr KL touch down Male Intl Airport around 9pm Male local time, so kami kena stay one nite at Male town, abah decided to stay at Mookai Hotel (which is recommended by Rizal.. his AJE fren), abah touch down awal dr mama and anak, harus lah kn?? Hehe, so abah fetch kami kt epot and kena naik bot byq 5 rufia utk ke hotel (fyi, one whole pulau utk airport shj, Male ibu negara dia pulau lain, tu diaa.. negara penuh dgn ayaq) huhuhu..

Sampai hotel pn dh kol brapa, then tidoq, sok pg ada representative fr Hilton mai ambik kami kat Mookai utk ke Hilton.. Day 1 continue laterr (x tau nk amik masa brapa bulan nk hapdet day 1, hahaha)

**all pics kt FB, maleh nk tepek kt cni



one of the island



room @ Mookai

**pics utk dik cc, balance pics pi jenguk FB ahkak okehh, dlm aipong ado yg nih jaaa.. huhu

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 9, 2011

Atoll Vacation 2011

hmlafamille were here from 28th May - 1st June 2011.. More pics and stories soon..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 13, 2011

As planned-just nice!!

Kit yg tahap-canggih-tak-tercapai-dek-akalmu.. Beli sbb teruja.. Huahuahuahua..




Dan bermulalah episod sakit kepala dan kunyahan demi kunyahan epal hijau selama doplohpatjam.. Alhamdulillah!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 29, 2011

Auta

Semakin besaq semakin terserlah auta dia.. mcm mcm benda yang tak sangka boleh kluaq dr mulut dia yg pot pet pot pet tuh.. jenuh nak menjawab.. soklan dia kdg2 tuh.. bleh buat mak bapak dia tersenyap dan jenuh pikiaq dan amik masa nk jawab.. 

Kes 1 - Takmo pi skolah

Abah... Hafiy rase mcm nk termuntah dan sakit perut laa.. sakit kepale jugak sikit.. pelik betoi sebab sakit tuh mai pukui 12.30pm.. time dok siap2 nk pi skolah pukui 1.30pm.. haishhhhh.. harus laaa alasan tuh abah tolak mentah-mentah sebab abah pun dulu gunakan alasan yang sama... like father like son.. wellll... hamikkk abah.. kena balik hahhh

Kes 2 - Air sejuk vs Air panas

Kalau dgn abah dgn mama memang dia kena paksa kena mandi ayaq sejuk.. ayaq paip.. dgn nenek dia super mengada request ayaq panas.. nenek pulak cepat cair.. slalu kalah.. satu pagi tuh.. dia mandi dgn nenek.. nenek buat keras takmau bagi dia mandi ayaq panas.. nenek sound dia.. kenape dgn nenek mandi air panas.. dgn abah boleh je mandi air sejuk.. die buat muke blurrr pandang nenek.. pastu nenek curah curah jugak air sejuk kat badan dia.. terus dia sound kat nenek.. "Nenek.. nenek nih tak sayang Hafiy ke???" (dgn intonasi mohon belas kasihan).. terus nenek jerang air utk cucu dia.. adehhhh..
Kes 3 - Kisah kubur

Last week balik Penang nk settle hal refinance rumah.. and kebetulan moyang Hafiy kat kg pun nazak.. kami smpai Khamis petang.. mlm tuh org surau mai umah tok wan utk bacaan Yasin.. dia sbg anak abah yg takleh renggang dgn abah.. dok la kat riba abah sepjg pjg bacaan tuh.. abis satu-dua ayat dia toleh pandang atas kat muka abah dia tny "Dah abes ke bahh?".. sepjg bace Yasin tuh.. brapa puluh kali tahh dia dok tny soklan yang sama..
Ajal maut di tangan Allah.. Pagi Jumaat at 2.30am.. moyang Hafiy arwah Tok Kiah dijemput Allah.. pengebumian ari Jumaat jam 11pg.. mama pun soh la abah bawak pi kubur.. bagi dia tgk and experience sendiri... balik dari kubur mama tanya dia.. Hafiy pi mana tadi? "Hafiy pi kelabu".. konpiden abes.. bantai jaaaa.. kubur jd kelabu... suka ati la Hafiy oiii.. pastuh tanya lagik.. Hafiy tgk apa kat sana? "Hafiy tgk nenek sleep kat tanah"... hehehehe.. mana dia tau apa benda kan.. so.. dia ckp benda yg dia tgk laa.. pastuh abah sound dia pulak.. nanti kalau abah.. Sleep kat tanah mcm nenek.. Hafiy nak angkat abah tak? Tau dia jawap apa? 'Taknakkkk aaa... abahhh BERAT!!!.. haaaaaaaaaaaaa hamikk abahhh.. sentapsssss !! takdak rasa nak diet keee??? hehehehe.. Hafiy oo Hafiy.. Macam macam laaa...

Layan laa gambaq2 kami dok posing kat bendang dgn "girlfriend" baru abah yang dirembat waktu PC Expo ari tuh.. nama PC Expo.. tp beli kamera.. apa kesss... huhuhuhu..

Shahul Hamid Cucur Udang terbaekkk...


Perahsan

Kampung boy vs Bandar boy

Activity sehat di kampung

Bajet ensem

Bajet kiyut



Wednesday, March 16, 2011

Dia pulang dgn beg besarnya..

Fuhhhh... Berabok blog.. Biasak la u olls, laki hakak blk coti-coti Msia utk kesekian kalinya maka harus la di'layan' mcm-mcm.. (dont let ur mind runs wild huh) hakak harus melayan tekak habang yg nk mkn mcm-mcm tuh, habang blk secara tiba-tiba, mmg menjadik abes serprise dia kali nih.. Terkujat hakak depan pintu umah dan kepulangan habang disambut dgn word 'bangang' sebyk 3 kali berturut2 (padahal dlm ati hakak yabedabedu sbb leh coti buat susu, bg mandi dan basuh berak anak, coverrr la sket, haha)

Nak ikutkan actual flight on 9 march (rabu) smpai KL, tp taktau la apa yg merasuk dia sampai sggup tukau flight tixx awalkan ke 4 march (jumaat), hamikkk hahh.. Sorg kwn hakak ada ckp, mana tak dia kalut nk blk, hg asyik dok taruk pics anak sakit and food kt FB, mana member leh tahan.. Hahaha, betoi jugak, on khamis tuh habang arrange apply cuti 4 two more days and chg flight tixx, sanggup pay extra cost QR 350 utk chg tixx and on khamis ptg tuh call omanair, die ckp flight awal pg 1.35am ade kosong from DOH-MCT-KL.. zassss trus dia sambar.. Blk pulak sanggup naik KL express ke KL Sentral and amik taxi blk puchong, petik loceng.. Ting tong trussss wakenabeb.. I got punked.. Pas blk jaaa.. Apa lagik operasi jln2 cr mkn lorr, mana leh tahann, 1st in the list haruss la nasik kandaq, roti canai and teh tarik gelas besaqq.. Revenge!!

Currently we're at Penang,ngabeskn cuti skolah 1 week.. sorga makanan weyyy, dgn kepulangan habang maka lingkup la rutin diet harian hakak, kt penang nih pun x abes2 lagik dok makan, dr nasik kandaq, mee rebus and pasembor, laksa penang, cucur udang power, ikan bakar famous Din kepala batas.. Bawal goreng juru, perghhhhhh kalau nk listkn mmg x cukup hari nk balas dendam, makan and karok.. Tuh ja la keja kami anak branak, elok la laki bini kaki mkn, kaki rewang, kaki karok.. yg jadi mangsa? Anak bertuah, huhuhu

Habang ada lg 2 weeks utk balas dendam, he'll be back to reality on 30th march (besday hakak u olls.. Sempat la nk celebrate.. Huhu.. Teruja i taw) so dlm 2 wks nih mcm2 agenda lagik dlm list, xtau la sempat ka tak.. Huhu, penat type dh.. Layan pics sudaaa....


@ Tony Romas MV


KFC Doha x sedap katanya


Hamikkk, penuh meja


Peace abah


We got punked

p/s: abaikan kesengetan caption tuh, inilah natijahnya maleh on notebook hapdet blog, apelah sgt yg boleh diarapkn oleh aipong yg x seberapa ini.. huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin