Showing posts with label masak masak. Show all posts
Showing posts with label masak masak. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Cupcakes Choc

As-Salam

Me & baking? So not rhyme! Tapi kali nih maybe sbb pembawakan budak pinky pinky rasa asyik nak mkn kek and pastry semedang. Konon nak aktif-aktif supaya cepat meletops (tak larat nak bwk dah nih) tapi nan hado, mana dak ahkak tau sgt, ahbang dok berdoa di Doha nun soh tiny HM tunggu dia blk dulu, mmmmmm maka buat kek untuk dimakan ja la.. huhu, sng taruk dlm cawan cuppies nih sbb skalik nk mkn amik satu xyah potong2 bagai, dak Hafiy pun suka, yeay!

Ekceli ngelat jugak laa, bkn bake sgt pun, nih cuppies steam. Huhu, resepi paling sempoi, kalau bab resepi sempoi dan senang dibuat sedap dimakan, makcik ahkak mmg master, bkn takat choc cake sj, membawa ke puding karamel malah nasik goreng pun sempoi, jenuh la berjela nak copy resepi from her as preparation ke Doha nanti, huhu!

Rupa dia mmg x menarik u olls, tapi rasa dia mantops! Ahakss, blah la ko Capt, x abes abes muji diri sendirik! Kahhhhhhhhhhh.. tgk 2,3 kali sropa apam cekelat, blasahhhhh!

cup kembang sbb steam.. blasah!!
walaupun merekah tetap VOGUE!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, October 25, 2010

campak-suka-ati... tadaaaaaaaaa

lama dah tak hapdet bab-bab masakan neh.. camno nk hapdet.. masak pun idak.. dok dgn PIL mcm tuh laa.. balik skolah.. MIL paksa-paksa soh makan jugak jugak.. standard mcm nak carik gaduh kalau tak makan.. beh tuh camno ahkak nk diet.. bukak tudung saji.... umphhhhh.. tak terkawal napsu.. dgn cabai kicap yang tak pernah failed utk membangkitkan selera.. perghhh.. terangkat.. maka hancur lebur lah impian ahkakk nk menurunkan berat badan.. huhuhu.. kena berhijrah ke Doha baru leh kurus skek kot.. sbb makanan luar umah dia tak best.. so bila jemu makan masakan sendirik.. akhirnya membawa kepada sindrom tak lalu makan makanan sendirik.. huhuhu.. dah dah.. merepek dah nih... ari Ahad lepas.. adalah hari rajin seMalaya ahkak ... balik joging ptg tuh kat Tmn Bkt Jalil.. ulang taip.. Joging yaa... ulang taip kali kedua.. JOGING.. hahhhh.. buang tebiat ka hapa.. pi joging.. hehehe.. balik umah dlm koi 6.45pm.. rasanya mcm takmo makan nasik malam.. jom operasi masak spagethi campak-suka-hati-aku... koi 7pm belanga bertenggek atas dapo.. koi 7.15pm dah bleh makan.. gilaa kencangg ahkak ketung ketang... nih la benda paling senang nak buat dan disukai laki dan anak sendirik.. takdan nak padam api.. budak bertuah dah mai tarik baju.. "mama, Hafiy nk spaigethi".. berselera dia makan malam tuh... ckplah ahkak perahsan ka hapa.. ahkak tak fedulik.. ahkak tetap vangge dgn air tgn sendirik...

:: spaigethi campak-suka-ati-sesedap-rasa ::

Saturday, May 1, 2010

singgah dapur CapT sat!!

sila oo silaaa.. ok puan-puan.. hari nih kita nak blajar cara-cara nak menghasilkan nasik goreng campak-campak 2 minit.. memang sangat mudah yerr puan-puan.. mcm masak megi rendam air panas jaaaa..meh dekat sikit saya nak cerita..


Bahan - bahan

  • Nasik putih lebihan nasik semalam.. standard aa.. itu lah nasib nasik goreng.. diperbuat dari nasik masak x abih utk dinner semalam
  • Bawang putih dihiris
  • Bawang besar dihiris 
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Udang, sotong, telor, daging, ayam (walaupun bodo-bodo sj tp bab rencah2 saya sgt cerewet yerrr.. mesti complete.. udang laut yerr.. udang ternak tak main.. baru laa manis marveles rasanya)
  • Cili kisar kalau nak pedas (saya x taruk.. nanti anak saya menjerit pedas mcm kena sawan)
  • Sayuran seperti kobis, carrot dan daun bawang

Cara membuat

  • Panaskan minyak, agak2 laa.jgn la taruk sebotol lakss.. baling bawang putih.. goreng sampai naik bau.. campak bawang besar.. goreng smpai layu.. masuk daging.. biar goreng lama sikit.. campak udang & sotong.. agak2 dah layu.. pecah telor.. biarkan semua masak.. kalau nk pedas.. campak cili kisar.. goreng smpai cili masak..
  • Amik nasik tadik.. masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, garam dan gula.. gaul semua skali pakai tgn.. jgn pakai sudip @ senduk dan sbgnya supaya suami tak lari carik pompuan lain.. sebab anda dah paku perut dgn taik2 kuku tgn anda tuh.. bleh?? skali dia makan.. pasti dia soh buat lagik.. hehehehe.. pas dah gaul semua bahan.. campak dalam kuali goreng skalik harung dgn bahan yang di tumis tadik.. goreng sampai tgn lenguh.. campak sayuran yang dah dipotong tadik.. goreng lebih kurang.. pastuh WALLLLAAAAHHHHHHH..

 nasik-goreng-campak-baling-ala-CapT-yang-dicopy-resepi-dari-makcik-tercinto

Sekian.. rupa bentuknya mcm nih laaa.. kan saya dah kata.. mewah tak makanan laut dlm nasik goreng saya nih?? lalalalalalalalalalallalallalalalaal



Thursday, March 11, 2010

incik F.agor

~ incik F.agor kesayangan ~

setahun lebih encik F.agor tak berkhidmat.. bila dah duduk umah balik saya telah mengambil kesempatan untuk menggunakan encik F.agor sepenuhnya.. walaupun cuma 3 ekoq ikan selar yang chomel2 pun tibai soh encik F.agor bakaqkan.. misi suci murni saya dan encik abah adalah ingin mengurangkan makanan bergoreng **yalahh tuh**.. semangat kena ada.. kekonon.. so buat nasik ayam pun.. ayam bakaq.. dah tak goreng.. tapi bakaq dengan menggunakan khidmat encik F.agor adalah sangat menyenangkan sebab saya tak perlu buang masa sental minyak yang melekat kat dinding segala.. saya sukakkkkk!! cara pembakaran adalah sangat sekata dan sangat moist.. memang layanzzzzz.. pekena pulak dgn ayaq asam... perghhh terangkat bebb.. la nih apa2 sket semua nak sumbat dlm tuh jaa.. sng .. easy peesy!! cuma yang blom di coba adalah kek.. kapkek dan benda2 manisan yang seangkatan dengannya.. saya tak suka makan benda2 mcm tuh.. so saya tak masak/bake benda2 tuh.. malas!! kepada encik F.agor.. Terima kasih daun keladi sebab memudahkan kerja2 memasak FTWM nihh.. Tq Tq..

Sunday, October 11, 2009

testing 1,2,3

roasted chicken with creamy black pepper gravy + mashed potato with gravy + sayuran bersama sos seribu pulau


skeptical face?? we'll wait and see


calit pinggan?

jilat jari? pinggan berkilat? where's the skeptical face?? huhuhu.. meaning???

Tuesday, October 6, 2009

makan-makan untuk ke sekiankalinya

kata ganti diri untuk entry kali nih adalah "saya". gua punya suka la. sebab nih blog gua. ;-)

ari ahad lepas, saya antara orang yang boleh dikatakan busy membantu tuan rumah yang sedang sarat menunggu hari untuk bersalin mengendalikan jamuan makan-makan rumah terbuka raya merangkap "pemanasan rumah" (cilok ayat cik Yu.Es). saya sungguh salute dengan mak buyung yang ke hulu ke hilir melayan tetamu dan menyediakan food sempena majlis. saya juga turut menyumbang beef bolognaise spagheti dengan fruit salad utk juadah hari tersebut. mak saya harus lah yang paling hovverrrr skalik dengan mee hoon soto, lontong, bubur pulut hitam, pengat pisang, kek oren dan macam2 lagik. haishhhh fening dgn makanan. tambah lagik dgn laksa spesel yang di order. memang melambak hahh. kakak saya yang sarat itu dengan gagah perkasanya men'setel'kan rumah seperti sediakala pada mlm itu jugak. saya dah bajet2 yang esoknya dia pasti terberanak. tup tup esoknya dia masih x beranak malah ke opis pulak. kalau saya pasti dah MC. dan sehingga hari ini, dia masih x beranak! padahal saya dan budak ticik (eh! dah x mau panggil budak ticik lagik, TAK BEST!! tukar BIG BOY pipiy) BIG BOY pipiy dah x sabaq2 nk tgk baby baru. hihihihi. ok stop! sebab da merepek! seketol gambar pun tak dan nak amik di tempat kejadian. hadoi! kalau dak pasti saya dah menunjuk-nunjuk tepek kat cni.

sekarang nih saya sedang meng'plan' satu lagi siri makan-makan dengan rakan seperjuangan, rakan se'perkhemahan', rakan se'kayak'an, rakan se'tugasan'an, rakan se'pembentangan' yang masih bertungkus lumus di IPGM Kampus Tuanku Bainun opsyen PJ/PK/MO2. cadangannya adalah pada selasa next week. apabila ditanya tentang juadah, bebudk nih harus lahh hovverr kan. nk mkn ala2 ken*y r0gers. dalam kepala dok pikiaq menu-menu berikut:


  • mashed potato
  • fruit salad
  • cheese macaroni
  • vege salad
  • roastedchicken with blackpepper gravy
  • beef bolognaise spagheti
  • fruit cocktail for dessert

ok tak u ols? ada nak tambah apa? kalau tanya bebudk yang nk mai makan harus laa ok sangat. tapi mak saya komplen. dia kata dia takleh tolong sebab dia x reti buat benda-benda tuh semua. dia boleh tolong goreng bihun ja. takpa mak, mak takyah tolong. kita ajak orang yang nak mai makan, mai tolong masak jugak. hihihihi.

awat semenjak dua menjak nih asik nak makan ala-ala omputih tah.jeng jeng jeng!

Wednesday, September 2, 2009

petang semalam dalam sejarah


sejarah apa? sejarahnya ialah.. saya menghambakan diri di dapur selama 4 jam untuk menghasilkan di bawah nih..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

cup harus la glamer... kaler orennn lagikkk...


6 pcs for my guru pembimbing


17 pcs cuppies for my 1st baking sensation..walllaaaaa..


thanks to yeen for the recipes.. ai tiruk sebijik2 youu.. jadikk tuh.. cayalah..cake sedap.. buttercream icing manis secukup rasa.. huhuhu

Wednesday, August 26, 2009

isteri malas masak....

.... atau TAK TAU/TAK PANDAI masak.. topik yang dibincangkan di WHI today..

Malas masak memang satu masalah.. tapi TAK TAU dan TAK PANDAI masak adalah masalah besar.. sebab tuh cuma A.L.A.S.A.N.. as for me.. masak kena praktis.. kena bantai campak-campak.. kalau praktis slalu harus laa tererr kan? kalau dok saja jaaa di mulut ckp x pandai x pandai memang la sampai bila pun x pandai.. kena berani mencuba..

tak kecik hati ka kalau suami suka makan air tangan makcik Temah yang nasik kerabunya marveles tuh.. silap2 slalu sgt makan air tgn makcik Temah.. nanti suami pi carik anak makcik Temah hahh.. time tuh xleh la den nk nolong.. x kan x mau coba buat nasik kerabu sendirik.. air tgn sendirik bagi suami makan kan? huhuhu.. mula-mula mesti la tak perfect.. lama-lama harus marveles..

aku dulu pun x pandai.. even sampai skang pon.. nak wat apa2.. tepon kat tepi dapur.. loud speaker kan .. mak guide dr kampung.. aku campak dlm kuali.. ketung ketang ketung ketang... tadaaaa... suami suka.. adik suka.. mentua pun suka.. credit tuh weyy.. rase kembang jekk idung.. kahkahkah.. takkan isteri2 di luar sana x mau rasa perasaan tuh.. hehehe..

sekali sekala makan luarr... ok aarrr... kalau slalu.. poket pun ranap.. kan?kan?kan?

**guess what? mostly person yang diinterview kutuk pompuan malas masak dlm WHI.. dan pompuan taktau masak.. turut diminta.. belajar2 la**


++entry melalut pagi-pagi.. put the blame on WHI yg bangkitkan topic++

Ramadhan Day 1-5 :Apa di atas meja??

sempena bulan puasa, kata ganti diri telah ditukar kepada 'saya'.. lebih innocent yerr kawan-kawan..

saya telah bertekad untuk memasak sepanjang menghabiskan percutian seminggu di KL bersama suami tercinta.. huhu.. memandangkan dia telah bercuti seminggu pada awal minggu posa.. saya harus mengambil kesempatan ini untuk menjamunya dengan air tangan saya.. bagi chance la kan.. next 3 weeks haruslaa dia berada dalam kesedihan berbuka keseorangan kalau tidak pulang ke kampung halamannya.. sebelum pulang dari kampung.. segala mala tanaman kontan kampung telah saya belasah.. tidak kiralaa samada di halaman sendiri atau halaman jiran.. saya tak pedulik... saya belasah juga dengan izin tuan tanah.. kat KL daun pisang pun kena beli wehhh.. baik bawak dr kampung.. setelah bersedia dengan bekalan serai, daun pandan, bunga kantan, daun kesum, daun pisang hatta bawang putih, bawang merah, bawang besar mak saya pun saya bedal.. maka bersiaplahh kami tiga beranak pulang ke KL dengan boot kereta yang sendat.. hehehehe.. misi bermula seawal hari pertama puasa.. bersedia lah kawan-kawan dengan entry penuh menunjuk-nunjuk gambar makanan ini..

DAY 1


Ayam Kicap resepi Mak Lang

sampai sekarang saya taktau nama betoi resepi nih.. tapi saya dapat resepi nih dari maklang saya.. jadik saya namakan masak kicap mak lang.. huhuhu.. lantak laa.. janji menjilat kaki.. kahkahkah.. juadah lain di sponsor mak penang dan mak mentua tercinto..

DAY 2


Laksa Penang
Ikan Pari Bakar Air Asam
Paru Goreng Berlada
Sambal Tumis Udang Petai dan banyak lagi...

hari nih.. adik saya yang sangat cerewet dalam bab memilih makanan telah dtg berbuka posa di rumah saya.. sms berbunyik begini..
"kak ni, masak apa?"
"laksa"
"laksa ja.. ??org nk pi bukak posa"
"mai la"
"takkan laksa ja?"
"hang nk apa?"
"masak la best sket"
"pari bakaq, paru goreng bleh?"
"chantek"
maka berbuka posa lahh kami.. hari nih jemaah berbuka agak ramai.. sebab masak banyak.. saya turut menjemput sepupu yang sedang belajar di Bangi untuk dtg berbuka sama.. meriah la hari ke 2 kami berbuka..apa yg x habes.. saya tapaukan untuk mereka.. maka clear lahh dapur+fridge saya.. lega!!

DAY 3

Cucur Udang + Kuah Kacang

sebagai menantu mithali.. saya telah membuat keputusan untuk berbuka posa di rumah mentua.. sebagai menantu mithali dan baik hati ayat nk kena maki .. saya turut menjamu keluarga mentua dgn juadah air tgn saya iaitu cucur udang kuah kacang.. adalah sangat tidak sopan berbuka free saja dgn tgn kosong.. beli?? kan dah janji semua nk masak sendiri sepanjang di KL.. huhuuhu.. misi memasak sehingga hari ke 3 masih berjaya..

DAY 4

Spageti Seafood
Cencaru Bakar + Air Asam

masih berbuka di rumah mentua.. bosan aa bukak posa dua orang.. hang tgk aku.. aku tg hang.. x meriah langsung.. mesti ada buah tgn utk memeriahkan meja makan.. spageti seafood campak-campak.. jugak cencaru bakar dalam oven mahal yang sangat moist sampai x jadik ikan bakar.. hahaha.. tp sebagai menantu mithali yang menjaga kesihatan mentuanya.. saya telah pastikan cencaru tersebut merupakan menu kesihatan hari ke-4.. ;-)

DAY 5

Lontong

hari ini adalah percubaan berani mati saya.. mencuba masakan yang menjadi kepakaran mentua saya dan dijamu kepada anaknya yang selalu menyatakan bahawa lontong mak nya tiada tolok bandingnya memang satu cabaran untuk saya.. memang saya perlu bersedia untuk dikondem dan dikutuk.. seawal jam 3 ptg saya telah ketung ketang di dapur.. mencuba sedaya upaya supaya tidak di perlekehkan.. mencuba sedaya upaya supaya hasilnya setara.. takkan nk lawan tokey kan? hiihihi.. kami berbuka dirumah sahaja.. tanpa ke rumah mentua.. kerana saya sangat tidak bersedia untuk membawa buah tangan yang menjadi no 1 dish ibu mentua saya..

azan maghrib berkumandang...

jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
eh... ok laa lontong awak.. sambal nih signature awak aa..best!
*
*
dan..
*
*
lidah tak bohong bab berkata
*
*
juga.. lidah tak bohong bab merasa.. settled 2 mangkuk lontong.. dan tambah lagik dan lagik


***sekian, entry skema kata ganti diri "saya" untuk hari ini***

**all googled images**

Monday, January 5, 2009

ujung minggu!!


ujung minggu lepas adalah hari perabihkan stock ikan udang dan sotong.. al maklumlaa da nk balik Penang for one year.. huhuhu.. best!!

so menu on Sat.. ikan masak tiga rasa, sotong goreng kunyit, sayur campur dengan udang
nasik pipiy taruk ikan goreng dgn carrot.. udang hiasan utk mama bedal ok??

menu on Sun laks.. Laksa Penang.. x hamik gambo.. tp yg nih bawak pi umah nenek puchong.. ada acara makan2 dengan beria skalik.. ;-))

Monday, November 24, 2008

hari sihat sedunia

sihat bagi kami sekelorga ialah NO SOPING COMPLEX.. di istiharkan ari sihat tuh ialah ahad lepas.. dengan tudung DIY nya (berpeluh ketiak jugak la aku nk siapkan benda alah nih.. hehehe).. bestuh selepas tido lebih kurg.. bgn? agak lmbt aa kol 10am.. ngantuk seyy.. tudung DIY siap kol 1.30am.. gedebuk gedebak kol 2am lebih baru tidoq.. pas bgn zassss.. ayam masak merah.. telor kicap(telor mesti tak tinggal.. feveret encik abah).. sambal belacan+timun jepun.. sosej sos+mayonis.. and taraaa laksa penang.. tetiba aku rajin melampau lakss.. and seperti yang aku da nyatakn dlm entry sebelom nih.. no dessert or pencuci mulut atau seangkatan dengannya.. mak x suka laaa buat buat benda nih nyahhh.. pas semua kekenyangan ala2 ulau sawo.. tgk mcm ok ja cuaca.. apa lagik.. operasi ngepam bola basketball.. let's jom men basketball kat As**o.. semangat gilaa.. aku da gian gilaa nih nk men.. ptg asik ujan jaa.. tensen.. so apa lagik.. sapa yg paling hepi? cik pipiy kita laa.. adoi letih.. eh.. not bad jugak la skill aku.. mentenn lagik.. cuma stamina ja laa.. encik abah amik video.. bila aku tgk balik.. alahai.. beratnyaa.. gumuks pasir aa aku.. adoii.. sesuatu mesti di lakukan untuk mendapat berat badan yang mustahil akan aku capai seperti umi-sufira tuh.. ish dengki tau.. aku rasa nk capai mcm tuh.. harus aku takleh mkn lgsung.. kena mainn jaa spjg masa.. mampos.. tuh la serba sikit xtvt ujung minggu.. ok gak.. x la semak nk gi soping complex yg ramai org tuh.. yg penting.. mlm tuh pipiy tido x gerak.. i likee.. hihihihi


more pic kat sini

Thursday, November 20, 2008

baking vs cooking

aku x suka baking and wat pastry .. biskut ghaya pn sama aku x suka.. biskut ghaya outsource kat mak aku jaa.. time masuk umah dulu dlm bulan 5 mcm tuh.. mmg dlm dilema nak pasang oven ka tak? ikut ati memang x mau tp setelah di nasihatkn oleh ibu tercinta.. aku pon pasang la.. sebab mana tau kot2 tua2 nanti teringin nk buat(tapi.. nk dok umah nih smpai tua ka? dak kot... xpa.. nanti dok umah lain aku hangkut gak oven aku.. hehehe) so.. cun2 nk masuk umah ada homedec exhibiton kat kl convention ctr.. mmg la murah .. hob+hood+oven rm2999.. so bedal la.. FAGOR punya.. ermmmm.. dr bln 6 pasang.. haram la nih bln 11.. skali aku x penah guna oven tuh.. salah satu sebab dia ialah xdak manual in english.. bulehh?? mengong punya FAGOR.. so sebagai customer yg tak pueh ati.. aku call mintak manual baru.. yg bestnya bila aku ckp jaa saya nk ovenn punyaaaa.. (aku terlupa nama benda alah tuh) dan dan tuh pompuan tuh sebut nk manual in english ye puan? haaaa.. pandai pun.. dia ckp packaging dia mmg xdak manual in english.. cam bodo jaaa.. pas dia antaq manual aku pon bersmgt la membelek.. smgt ja la yg lebih.. x start lagik.. aku nk manual pun bkn sbb nk bake cake dan yg seangkatan dgnnya.. sbb nk menggrill membakar ikan atau ayam atau yg seangkatan dengannya.. hehehe.. aku xtau sbb apa aku x minat buat2 kek ngan kuih.. biskut2 nih.. x pandai la.. bagi aku benda tuh remeh dan x kenyang.. baik aku focus kat benda yg kenyang.. nasik ayam.. nasik tomato.. lauk pauk.. laksa mee kari segala.. mcm lagik bestt ja rasa.. mcm lagik best ja menjamu org.. hehehe.. dessert tuh takpa laa.. order jaa.. ekekeke.. tp taktau laa .. time2 muda nih mungkin aku x minat.. nanti tua2 aku minat ka mana nak tau kan.. tah tah bukak kedai kek.. hahahha.. sekian coretan utk ari nih.. wassalamm

Tuesday, November 18, 2008

RM105.60

Venue: Pasar Tani, Bandar Kinrara
Time: 6.30pm-7.30pm
Participants: Mama+Abah+Hafiy

Nasik kerabu kosong 5 bungkus (mama+abah+achik+tok+tok wan)
Ikan tongkol/kayu seketoi + Ayam seketoi + Daging kerutub seketoi + Telor masin 1 ½ bijik + Daging bakar seorg makan + Ikan goreng tepung sekor (tp makcik tuh lupa taruk dlm plastic.. dia caj ka tak aku pon x sure)

= RM24.50 (5 kupang pun x diskaun.. citt)

Laksa Penang 2 bungkus = RM 5

Ikan duri kering masak asam = RM1

Bahulu kukus.. pipiy feveret, 10 bijik = RM3

Fresh Oren + Air tembikai + Hotdog = RM3 (makan kat situ sebab alas perut bukak posa)

Oren 5 bijik = RM5 + Mango sekilo lebih = RM8.80 + Buah Naga 2 bijik + betik kecik 2 bijik = RM12.70

Kacang pjg + Cili merah + Mee basah + Tomato 3 bijik + Baby corn sebungkus + Cauliflower sepotong + Carrot sebijik + kacang bendi = RM12.20

Ayam sebelah = RM9.00 + Ikan tenggiri 5 ketol = RM 14.70 + Ikan kembong/temenung = RM 6.70

SUM TOTAL = RM 105.60.. dalam purse ada RM 150. Balance RM 44.40.. erkk??

gilaaa paaa.. selama nih dok ngan PIL tak perasan semua nih.. maknanya duit poket tuk PIL tetiap bulan tuh.. tahan 3x pi pasar tani jaaa.. nahhhh la dok umah sendirik baru tauu.. hamikkkk haaaaa.. nih x masok shopping TESCO/GIANT lagik.. huhuhu

p/s: my mom x jadik turun KL next week.. dierg turun mlm semlm.. yeayyy.. surpriseeeee.. sabtu nih blk penang.. next week Jumaat dtg KL lagik.. yuhuuuu..

The Real Cook Is Here.. Me+Encik Abah+Pipiy soo thrilled…

Sunday, November 16, 2008

cabaiku yg pahit

sabtu lepas.. pas balik dr kenduri shely.. cik li pipiy tepon.. dierg nk kidnep pipiy pi umah nenek sbb depa boring x buat apa.. nk main dgn pipiy.. aku pon ok ja laa.. leh aku setelkn segala keja umah.. dr ari khamis lps lagik da plan nk gunting cabai kering nk wat cabai blender taruk dlm ice box.. sng nk masak apa.. cedok jaa.. bersmgt waja aku menggunting cabai dekat sebakul.. dlm dok gunting dok rasa pelik.. awat mcm pelik cabai nih.. rapuh semcm jaa.. x suspek apa apa.. aku terus kan jugak gunting.. pas siap.. rebus .. potong bwg besaq 3 bijik.. blend la semua skalik.. pas blend.. aku taruk dlm bekas nk masuk ice box.. ada balance kat blender tuh aku cadang nk buat sambal tumis.. terus panaskan belanga.. taruk minyak.. masuk la cabai.. rebuih lebih kurg.. aku taruk asam jawa.. garam gula.. then smpai part rasa.. ptuihhhhh.. pahit.. bengang gilaa.. awat pelik sgt nih.. kalau pedas aku x marah la.. sbb sifat cabai tuh sendirik mmg pedas.. nih pahit.. pahit tuh ciri peria.. bkn cabai.. budus.. hampesssss.. amik tepon terus search MakHP kat phone book.. tepon mak

"mak, awat cabai Ni pahit?"
mak aku blank sat.. hahaha.. cabai aku yg pahit.. mak aku yg kena..
"hah? pahit? pasai pa plak?"
"ari tuh mak buat ikan belah blakang, mak amik cabai mana?"
"mak tak amik cabai hang dlm plastik merah.. mak amik cabai mak bwk dr kg.. plastik putih, hang rebuih dak?"
"rebuih dah.. blender.. pastuh nk buat sambai tomis.. dia pahit plak"
"hang cuba amik cabai mak dlm plastik putih.. hang tumbuk sebijik.. hg ghasa tgk.. pahit dak?"
"tak mo aa.. malehh.. dok geram nih.. nk lempaq ja setapeware tuh.. geram laaa.. penat org gunting"
"mak ghasa cabai KL jenis mcm tuh hahh.. makcik hang dok KL berbelaih tahun.. smpai la nih dok order cabai kering dr kg"
"ari tuh mak mentua Ni pon kena jugak.. time ghaya.. buang sebelanga sbb pahit.. ish ish.. bodo laaa"
"hang nk soh mak bawak pi ka cabai baru?"
"haaaa.. mak bawak mai la mggu depan.. kalau mak siap blender lagik baguih.. kalau mak siap boh asam jawa garam gula.. jadik smbai tumis terus lagik besttt.. "
"hang lagu tuh laa.. segan.."
"bkn segan.. bekerjaya mak.. x dan nk buat"
"mggu depan mak bawak aa"

perbualan telah di edit.. kalau x edit.. sampai esok pon x abes taip.. sebab dlm perbualan byk gossip dan umpatan terselit.. ekekeke

kesimpulan.. aku sangat bengang dgn kejadian tersebut.. @#$%^&*.. padan muka KL.. kena tuduh ngan aku.. kampung aku gak best.. KL x best.. hahahaha.. ada hikmah kot apa yg terjadik.. antaranya.. mak aku akan bawak cabai blender siap asam jawa garam gula.. caya lahhhhhhh.. ngada ngada ngan mak.. i likeeee

p/s : yeye.. mak saya nk turun KL mggu depan.. yeyeyeyeye..

sbb tuh menu aku last sunday x dak satu pon berasaskan cabai.. cittt

sunday lunch+dinner


today is sunday.. sunday is the day to main masak masak.. yeahh!!

menu for the day :
  • ikan kembung kecik goreng rangup (not so rangup.. till now i still failed to make this thing rangup.. mencikkk)
  • sayur campur (carrot+cauliflower+baby corn) pipiy like it vewy much.. blom apa2 member dah nk curik makan.. pipiy like to have vege.. so today he poo poo dgn jayanya.. yesss again
  • ayam masak kicap (my mom best ayaq tgn.. but me? not even close.. mencikk again)
  • ikan plotan masak asam ( i don't know apa org KL called this fish but me call plotan.. hahahha.. another my mom best ayaq tgn.. and again not even close.. mencikkkkkkk again and again)

kesimpulannya need to practice again and again and again.. kalau x sama exactly pon at least dekat2 sama.. hehehe.. mana leh lawan tokey maaaaa

Tuesday, October 21, 2008

Blog Satu

semalam aku gi pasar tani dgn in laws dgn pipiy.. niat di hati nk masak macaroni.. chaiyok chaiyok.. berjaya jugak pagi nih makan macaroni.. kugagahkan jugak pagi pagi bgn awal nk menggoreng.. kasik in laws sket.. encik abah makan sket.. balance bawak dtg opis.. amal jariah pagi rabu kasik bebudk opis makan.. selamat bekpes kiterg.. yeahhh.. piypiy sangat malas bgn tido.. pas encik abah kejut br bgn.. bgn jek dan dan tuh la titt taaaa... anak aku nih dh kena sampuk hantu titta gamaknya.. celik celik trus tittaaa.. bkn mama ka abah ka.. ish ish.. skang nih dia gila sebut abah.. jumpak budk baya dia pon dia bantai abah jugak.. atuk pon abah jugak.. suka la atuk.. rasa muda jadi muda.. hahaha.. weekend nih balik kg coti pjg deepavali.. encik abah x blk.. cover indian guy.. sbb raya ari tuh bdk tuh dah cover dia.. ingat lagik ayat encik abah bila aku mintak nk blk penang.. dia kata ok buleh balik.. dan smbg nya .. "ini tidak adil!!!" (dgn nada agak keras) sebab dia jeles xleh berjimba kat kg.. kena mambanting tulang jari dgn urat bijik mata kat opis.. kuangkuangkuang.. soriii yaaaa encik abah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin