Friday, November 11, 2011

11.11.11

As-Salam

Owhhh saya juga tidak mahu ketinggalan untuk update blog pada tarikh yang disebut-sebut orang nih. 11.11.11, cantik tarikhnya tapi takda maknanya, sama saja kalau nak dibandingkan dengan hari lain. Berderet status FB ari nih berkaitan tarikh nih, dan yang lebih lawak saya rasa, ada yang turut tunggu 11.11.11 on 11.11.11am. Fanatik 11!! Biarlah mereka dengan labu labu mereka.

11.11.11 saya sama sahaja. Tidak mengharapkan tiny HM untuk 'jenguk' dunia hari ini walaupun ikut Datuk Nora hari ini saya genap 38 minggu dan tiny HM juga sudah 'masak ranum' dan boleh dikait bila-bila masa saja. Funny kan? Tapi itu ikut Datuk Nora, kalau ikut Dr Ramesh, hari ini saya 36 minggu. Saya pun pening dan pelik. Lain-lain EDD yang diberi tapi firasat saya kuat mengikut Dr Ramesh. Genap 38 minggu Dr Ramesh adalah 25.11.11 dan pada tarikh itu juga si abah touch down bumi Malaysia. Lebih molek kiranya abah ada bersama-sama dalam labour room untuk mendengar jeritan mama kesekian kalinya ;-). Lagipun saya dah dapat agak yang tiny HM memang menunggu abahnya sbb setiap hari si balong Hafiy dok berzikir zikir di perut ingatkan adiknya "tunggu abah, baby tunggu abah tau", dan kalau siapapun yang bertanya kepadanya bila baby nak kluar, jawapan dengan konfiden mesti balong jawab "baby tunggu abah balik dulu". Naluri saya kuat mengatakan tiny HM seorang yang 'mendengar kata' abangnya.

Abah off day 3 ari dari Jumaat sampai Ahad. Ada aktiviti mengetam (tangkap ketam) katanya bersama colleagues AlJazeera. Being abah yang antisocial dan bukan jenis kaki gebang, benda-benda mcm nih mmg amat merunsingkannya. Nak ajak berkelah dan makan-makan macam nak ajak berperang gayanya. Dia lebih gemar bersukan. Katanya bersukan lebih mudah. Sampai main, habis main boleh balik. Tak perlu sembang dan gebang. Keluar peluh badan sihat. Berkelah, makan dan bergebang adalah sangat tidak sesuai dengan dirinya. Abah... abah... nanti bila mama dan anak-anak berhijrah ke Doha, abah be prepared yerr sbb mama nih org yang kuat bersembang dan bersosial. Tapi sosial-sosial mama pun, kalau asyik picnic dan buat makan-makan, JEMU lah!! Makan dan makan boleh memudaratkan diri, skarang nih muda-muda lagi dah kena kencing manis dan darah tinggi. Minta simpang jauh-jauh. Kalau futsal dan netball?? Mama sentiasa ok, dalam pada visit Doha for one month December 2010 pun sempat jugak mama join geng futsal kat sana. Dan mereka mereka di sana jugak x abes-abes bertanyakan bila nk stay Doha for good. Mama dah ckp, if stay Doha for good pasnih ada 'handbag' comel, mcm mana nak main? geng geng sana dah sound, takpe.. main punya pasal.. bwk jek 'handbag' taruk dlm stroller, gilir-gilir bleh tengok. Memang terbaik! Dah nampak dah kepala ngam tuh ;-)

Eh, berjela pulak story 11.11.11 nih. 

Ok daaaaaa, c yaaaaa..

wajah kesayangan saya

2 comments:

A.H.A.D said...

alahai comey hafiy :)

Unknown said...

zmn naive gittew, skarang??? adeh, kite ckp 1 die balas 100, letih!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin