Thursday, November 24, 2011

BookWEB Kinokuniya??

Well... what can I say??? Recommended!!

Actually dah lama aku dok carik buku KUMON nih for Hafiy. Then dah register kat KUMON ari tuh makin membuak buak la nak tau where i can get all these books. Rasa dah carik kat Popular and MPH, tapi tak jumpak. So teringat la kat MommyLyna sbb mcm penah baca kat blog dia yang dia ada belikan untuk Hafiy dia, bila dah tanya tuh dia ckp beli kat Kinokuniya. Ting!!!! baru la kepala hotak aku bley relate Kino dgn KUMON, sah sah la dari Jepang, so buku Jepang dijual di kedai Jepang. Then trus tanya dia, Kino bley order online tak? dia ckp bley. Maka gigih la aku meng'google' dan jumpa la BookWEB Kino, zasssssss trus aku order. Kino nih ado satu jaaa kat KLCC, aku plak kat Penang so cara paling senang nak dpt buku nih is order online ja la. Luckily buku-buku yang diorder mmg dah sedia ada kat fulfilment centre depa, so takyah la tggu lama-lama, if xdak kat fulfilment centre, it will take around 14days to reach you. Fengsan !! Kita nih biasa la kan, bila dah order tuh opkos tergedik gedik x sabaq nak tggu barang yang diorder sampai.

Bila dia ckp 3 working days to reach aku pun mcm bajet la hari khamis sampai, so mmg tepat laa, isnin mlm order, khamis org GDex dah call ckp nak antaq barang, yeayyyy!! So budak Hafiy, bersedia la 'tuisyen' dgn abah selama sebulan, nasib laaaa Hafiy wehhhh.. takdak channn la nk bersuka ria x tentu hala sgt, mama dah siap sedia dgn pelbagai aktiviti sepanjang mama berpantang (mama kena kurung, Hafiy?? jgn harap nak bersuka ria, harus kena teman mama, hahahahaha)

Order 3 books pelajaran, lagik 1 book untuk leisure time (cut&paste)

budak Hafiy Mirza punya



nak info pasal Shaklee?? go to vitaminsemulajadi

Tuesday, November 22, 2011

KUMON Learning Centre

As-Salam

We decided to enroll Hafiy at KUMON Learning Centre. Since school holiday already started and nampak gayanya si Hafiy pun asyik sangat dengan main dan melupakan langsung hal-hal pelajaran, maka adalah sangat sesuweyyyyy enroll dia to one of learning centre dlm erti kata lain tuition class. Before this dah tanya kat Smart Reader for english tutorial, but they didn't accept 4 y.o kids coz class only for once a week, so kalau kids below 7y.o mmg cepat sgt lupa. Then si mama yg gigih dengan perot terboyot-boyot nih pun google info related to KUMON Learning Centre. Luckily, they hv a branch near tok's house. Possible to send and fetch him at anytime. So, masih dgn prot terboyot-boyot gigih la si mama pi survey tmpt but unfortunately, that place was closed. Checked back the operating time in their website, that centre only open from 4pm-9pm every Monday and Thursday. Before that, I did call the PIC to chk on trial class that they offer. So, appointment been made yesterday at 5pm. Here we go!!! ;-))

After Asar around 4.45pm, I'm ready tapi budak yg patut pi tuition tuh sah la tak ready, mana nk readynya, baek punya kakak kluaqkan bermcm jenis mainan nak main, maka bercucuranlah air mata, berdrama lebih kurang, berjaya jugak ajak dia naik kereta dgn alasan if Hafiy x teman mama, mama akan merajuk lari balik KL sorg2, owhhh sgt menjadik taktik tuh sbb dia mmg saspen sgt kalau mama nk tgglkan dia, lgpun dia dh tau yg for this year school is over for him and mama oso. Dalam sedih2 pujuk mcm2, berpuluh plat number keta dia baca along d way, maka berjaya la kami anak branak sampai, huhuhu.

Straight away jumpa dgn head learning centre for that branch, nice Indian lady Ms Kamales, after briefing lebey kurg, so we opt to take English tuition only, x mo la kasik budak tuh stress sgt, takat addition, substract, multiply, divison tuh mama pun bley ajar, rugi jaa jadik cikgu kalau benda gitu pun xleh ajar anak kan? Huhuhu, amik English pun sbb nak preparekan dia before ke Doha, x byk, sikit pun jadik la, budak nih ok jugak english dia, dia belasah and bedal sesuka ati dia jaaa, huhuhu, simple sentence mmg byk dia boleh, vocab pun byk jugak, tp tuh la, ayat takley blah die "Hafiy want to speak with mama only, tok dont know how to speak English" ewah ewah.. Suka suki jaa nk ngutuk tok noooo.. hahaha

Dah isi form semua, teacher dia kasik one worksheet utk dia buat, derg pakai concept repetition and phonics, maka buat la worksheet dgn teacher dia one to one session. Nama HAFIY pun dari x reti tulis, dok depan teacher baru trus jadik pandai tulis, hahahaha. Mmg x nak kalah punya budak, pas abes worksheet tuh, dia mark sendirik, tick kat every word yg dia dah baca then buat big circle tulis 100 dalam big circle, tuh pun dia buat sendirik, excited la member, dia feeling2 jadik teacher plaks, hahahaha.

So far so good, so pas abes satu worksheet, dpt 2 worksheet for homework, satu utk tuesday satu utk wednesday, thursday class buat lagik worksheet and dpt homework lagik, their concept is make parents oso get involved into this approach. Ok la, kdg2 utk budak sebesar nih kita pun xtau their level at least bila ada homework nih bleh la jadik guideline utk parents. This thursday masih lagi ke centre with mama yang memboyot nih, hehehe. Next week mama bley rest, semua tuh urusan abah, yeayy!! Abah will touch down KLIA on Friday morning, ada jugak tau positive dok jauh-jauh nih, less gaduh gaduh, more sayang-sayang rindu-rindu which is for me is very good for a healthy relationship ;-))

Jom layan worksheet dak Hafiy yg die banggakan, hiks!

Tulis nama sendirik,haha.. big circle with 100 inside

his homework, adegan berperang dgn mama bermula, hihi!

Tuesday, November 15, 2011

Cupcakes Choc

As-Salam

Me & baking? So not rhyme! Tapi kali nih maybe sbb pembawakan budak pinky pinky rasa asyik nak mkn kek and pastry semedang. Konon nak aktif-aktif supaya cepat meletops (tak larat nak bwk dah nih) tapi nan hado, mana dak ahkak tau sgt, ahbang dok berdoa di Doha nun soh tiny HM tunggu dia blk dulu, mmmmmm maka buat kek untuk dimakan ja la.. huhu, sng taruk dlm cawan cuppies nih sbb skalik nk mkn amik satu xyah potong2 bagai, dak Hafiy pun suka, yeay!

Ekceli ngelat jugak laa, bkn bake sgt pun, nih cuppies steam. Huhu, resepi paling sempoi, kalau bab resepi sempoi dan senang dibuat sedap dimakan, makcik ahkak mmg master, bkn takat choc cake sj, membawa ke puding karamel malah nasik goreng pun sempoi, jenuh la berjela nak copy resepi from her as preparation ke Doha nanti, huhu!

Rupa dia mmg x menarik u olls, tapi rasa dia mantops! Ahakss, blah la ko Capt, x abes abes muji diri sendirik! Kahhhhhhhhhhh.. tgk 2,3 kali sropa apam cekelat, blasahhhhh!

cup kembang sbb steam.. blasah!!
walaupun merekah tetap VOGUE!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 11, 2011

11.11.11

As-Salam

Owhhh saya juga tidak mahu ketinggalan untuk update blog pada tarikh yang disebut-sebut orang nih. 11.11.11, cantik tarikhnya tapi takda maknanya, sama saja kalau nak dibandingkan dengan hari lain. Berderet status FB ari nih berkaitan tarikh nih, dan yang lebih lawak saya rasa, ada yang turut tunggu 11.11.11 on 11.11.11am. Fanatik 11!! Biarlah mereka dengan labu labu mereka.

11.11.11 saya sama sahaja. Tidak mengharapkan tiny HM untuk 'jenguk' dunia hari ini walaupun ikut Datuk Nora hari ini saya genap 38 minggu dan tiny HM juga sudah 'masak ranum' dan boleh dikait bila-bila masa saja. Funny kan? Tapi itu ikut Datuk Nora, kalau ikut Dr Ramesh, hari ini saya 36 minggu. Saya pun pening dan pelik. Lain-lain EDD yang diberi tapi firasat saya kuat mengikut Dr Ramesh. Genap 38 minggu Dr Ramesh adalah 25.11.11 dan pada tarikh itu juga si abah touch down bumi Malaysia. Lebih molek kiranya abah ada bersama-sama dalam labour room untuk mendengar jeritan mama kesekian kalinya ;-). Lagipun saya dah dapat agak yang tiny HM memang menunggu abahnya sbb setiap hari si balong Hafiy dok berzikir zikir di perut ingatkan adiknya "tunggu abah, baby tunggu abah tau", dan kalau siapapun yang bertanya kepadanya bila baby nak kluar, jawapan dengan konfiden mesti balong jawab "baby tunggu abah balik dulu". Naluri saya kuat mengatakan tiny HM seorang yang 'mendengar kata' abangnya.

Abah off day 3 ari dari Jumaat sampai Ahad. Ada aktiviti mengetam (tangkap ketam) katanya bersama colleagues AlJazeera. Being abah yang antisocial dan bukan jenis kaki gebang, benda-benda mcm nih mmg amat merunsingkannya. Nak ajak berkelah dan makan-makan macam nak ajak berperang gayanya. Dia lebih gemar bersukan. Katanya bersukan lebih mudah. Sampai main, habis main boleh balik. Tak perlu sembang dan gebang. Keluar peluh badan sihat. Berkelah, makan dan bergebang adalah sangat tidak sesuai dengan dirinya. Abah... abah... nanti bila mama dan anak-anak berhijrah ke Doha, abah be prepared yerr sbb mama nih org yang kuat bersembang dan bersosial. Tapi sosial-sosial mama pun, kalau asyik picnic dan buat makan-makan, JEMU lah!! Makan dan makan boleh memudaratkan diri, skarang nih muda-muda lagi dah kena kencing manis dan darah tinggi. Minta simpang jauh-jauh. Kalau futsal dan netball?? Mama sentiasa ok, dalam pada visit Doha for one month December 2010 pun sempat jugak mama join geng futsal kat sana. Dan mereka mereka di sana jugak x abes-abes bertanyakan bila nk stay Doha for good. Mama dah ckp, if stay Doha for good pasnih ada 'handbag' comel, mcm mana nak main? geng geng sana dah sound, takpe.. main punya pasal.. bwk jek 'handbag' taruk dlm stroller, gilir-gilir bleh tengok. Memang terbaik! Dah nampak dah kepala ngam tuh ;-)

Eh, berjela pulak story 11.11.11 nih. 

Ok daaaaaa, c yaaaaa..

wajah kesayangan saya

Tuesday, November 8, 2011

Winter is coming...

As-Salam,

This is my 301 post since i started blogging few years back. Not bad huh?

Don't confuse with the title, winter is coming in Doha, not here in Malaysia ;-) tapi kat Malaysia pun bley tahan kesejukannya sbb hujan sepjg hari lately. Untuk encik abah nun jauh di sana, teruja la sbb bila nk ubah from summer to winter mmg bumi Qatar akan hujan. Mmg semua excited bila hujan, semua update status kat FB. Bila difikirkan balik mmg lawak aa, sbb bila hujan guruh di Malaysia, mostly banyak merungut baju basuh tak kering la, jalan jem, susah nak gerak sana sini. Tapi bila dah duduk kat tempat orang, baru rasa betapa beruntungnya bila dilahirkan di bumi Malaysia. People never appreciate something until they lost it.

I spent 1 month holiday last December in Doha with Hafiy Mirza, dalam sat tuh pun, sempat lagik rembat one nice trench coat kat H&M, hihihi. But winter in Doha tak mencapai tahap piawaian ahkak la, I experienced 10degrees temp at that time, kurengg sejuk aa, huhu. Keciwa ahkak tau. Lagi satu keciwa, temp dah low tapi panas terik jugak, terus potong, adeh! Malu nak sarung trench coat, huhu..



Maka trench coat tuh terus terusan menjadi hiasan dalam gobok encik abah di Doha, huhuhu. Sorry to say la abah, we have to plan for Europe vacay la, busuk busuk pun takat Turkiye sbb nk bergaya dgn trench coat, hwaaaaa. Jom aarrr jom arrrr (kalau kt UK, summer pun leh melaram dgn trench coat.. Miss UK badly :-(


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 7, 2011

Mama... I want fact NOT fake!








As Salam,

Lama sungguh x update pasal budak nih, mulut dia la nih.. hoihhhhh mmg mencabar minda sungguh nk balas, mmg stress mama layan sorg sorg.. tp nk buat mcm mana mmg kena layan jugak, semua benda dia tanya, fact plak tuh, perghhhh, mama tgh dok mencarik buku tell me how & tell me why.. senang nk explain and tunjuk gambaq.. abah mmg keep pesan pada mama jgn ckp tipu dgn anak, how hard the Q is, and how complicated the answer is, we as parents dont ever lie to them, no ckp selindung-selindung, cover-cover, sbb first answer yg depa dpt from kita depa akan ingat smpai bila-bila and susah utk kita nk re-explain, as for me.. few things we shud copy from western jugak.. org putih, style depa mmg x ckp tipu dgn anak.. Try our best to explain pro & cons in a very best way.. and surprisingly it works for us.. parents also need to communicate each other, jgn bodoh sombong plak.. like me, if ada benda yg x sure, i never jump into conclusion, jwp yg sebaiknya is we call and ask abah instead (sbb dia lg percaya ckp abah dari mama.. hihi).. bila abah explain, dia ooooo oooo oooo and for sure ada follow up Q, kdg kdg mmg mati akal nk ckp, tp bila dah kita explain pun based on fact, sng la jwp utk next2 Q, bygkan kalau kita ckp tipu, mmg jenuh la makin berjela jela penipuan yg akan berlaku lepas tuh kan...

Try the tips.. It works for you!! (dari nk story bab anak trus terbabas jd tips of the day.. trus rasa diri sgt berilmiah.. ngehngehngeh)

Sekian, pesanan khidmat masyarakat dari me...him...us...



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Penang

Saturday, November 5, 2011

Happy EidAdha to all





Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada semua..

Tahun nih Hafiy raye dgn mama di Penang.. baby HM is ready to 'see' abang Hafiy anytime from now.. so, mama dah ready kt kg.. kang dok ulang alik KL-Penang, mau kang terberanak kat Hosp Slim River.. huhu..

Abah raye di Doha, raye bkn bermakne pun buat abah, lgpun abah keje on raya.. so xde beza utk abah.. huhu..

Oklah.. yg best raye utk saye sbb dpt mkn jek.. Tok buat laksa, feveret saye, yeayy.. mlm nih main bunga api lagik, double yeay..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Penang

Wednesday, November 2, 2011

pinky mood

hormon dah berubah u olls.. x mau dah gelap gelita.. kita layan pinky pinky puloks..

almaklumla ahkak la nih tgh gila pink, lite purple, lite yellow dan seangkatan dengannya..

comey comey comey..

kalau tetiba tubik blue blue.. mmg matikkkk aa.. dlm gobok semua kaler pinky pinky sajork

tapi InshaAllah.. pinky pinky konpem kot.. dah di konpemkan oleh 3 gynae.. Aminn..

encik abah adalah yang paling sexcited skalik nk dpt gugirl.. harus laa nanti2 ngada ngada melampau dgn abah.. adehh..

blom apa-apa dah bajet diva.. curlustttt u olls..




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin