Wednesday, June 30, 2010

Lightning McQueen

anak saya akan menjadi sangat hyper+happy tak terhingga bila nampak signbod G.iant!! specifically adalah G.iant Kinrara sebab dalam satu hari boleh 3 kali dia akan tawaf tempat tuh.. pagi turn abah bawak round, ptg laks jerit2 kat atok.. atok malas nk layan.. maka dibawaknya lagik ke tempat yang sama.. kalau mama rajin malam pun akan ke situ lagik.. tapi kalau berdua dgn dia maka adalah sangat bertuah hari anak tersebut sebab kalau dgn mama saja.. jgn harap laa mama nak layan 1st class macam tuh.. kang lemak berkrim sgt plaks..

hari ini abah off.. pas fetch mama kat skool.. maka tiga beranak ini ke G.iant sahaja nak beli Megi in cup 12 ketol hasil order mek Yani pengerusi geng mesyuarat tingkap.. esok ahli mesyuarat tingkap kat skolah nk makan megi cup.. dikala waktu ptg b4 balik skolah.. time tuh memang time lapaq yang amat dasyat.. jadik setiap hari mesti ada plan makan-makan sblm balik..
masuk masuk jaa pintu pasaraya besar tuh anak saya laju jaaaa berlari-lari ke kedai magazines kat ctu.. terus laju menuju ke satu rak.. amboi amboi.. terer ko ekkk.. dah tau rak mana patut dituju.. sampai depan rak.. dia ala-ala rambang mata nak pilih mana satu.. hijau ke merah?? last-last dia pilih merah.. sebab hijau dah ada kat umah.. baru jugak beli.. hadoiii.. dia capai sebuah.. terus jalan menonong ke kaunter.. letak atas kaunter.. buat macam kedai sendirik..

kita bayar dulu naaa *sambil jeling kat abah*

abah : mane duit hafiy? 

hafiy takde duit! duit abah laaa *muka selamber takde perasaan*

abah : abah takde duit


*saat nih dah mula hentak hentak kaki tanda protes*
abah sentiasa kalah dalam bab nih.. dah la buku ko bkn murah nakk oi.. resit-resitnya mana tah mama buang.. nak claim tax pun xleh.. adoiyaiii.. dah la kereks.. tak kasik mama abah pinjam buku dia.. huhuhuhu


kereks seyyyy


merah = Cars
hijau = Ben10

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin