Tuesday, February 9, 2010

Pemanduan Berhemah

saya adalah ketaq a.k.a penakut nak bawak keta a.k.a drive... tapi itu pada masa dahulu.. pada tahun 2008 dan sebelumnya.. bermula tahun 2009 saya terpaksa memberanikan diri untuk bawak keta sebab nak ulang alik dari umah mak saya di kampung ke maktab tmpt saya belajar utk menjadik seorang cikgu.. prinsip mak & ayah saya senang ja.. kalau hang nak gheja ka nak blajaq ka.. sila pastikan jgn nak menyusahkan orang lain.. kalau rasa nak menyusahkan orang lain takyah gheja takyah blajaq.. dok ghumah.. depa 2 memang x layan nak mengantaq nak mengambik... soweyyyyy.. dalam keadaan takut2 berani2 saya pun terpaksa la jugak drive berulang ke maktab.. tapi camno nak drive kalau takdak keta.. apa lagik.. saya heret sang suami ke Per.odua dan paksa dia bayarkan downpayment keta saya yang kecik tuh.. seb baik saya mintak yang kecik jaaa.. kalau yang besaq tepuk dahi la sang suami.. kisah pembelian kereta adalah kisah lama.. x yah ceghita la no.. nih nak ceghita bab cara pemanduan..

cara pemanduan saya banyak dipengaruhi oleh mak dan sang suami.. mak saya pemandu yang sgt berhemah.. jauh panggang dari api dgn ayah saya yang maha gopoh itu.. kalau seorang pemandu itu tidak berhemah (read: break terkejut2) maka ia akan menyebabkan mak saya fening.. kalau mak saya jadik co-driver atau penumpang dan bila keta benti dia kalut kluaq keta dan muntah tepi parking itu bermakna pemandu itu sgt tidak berhemah.. surprisingly kali pertama mak saya jadik penumpang kereta yg saya pandu.. dia tak muntah.. jadik sudah A di situ terhadap pemanduan saya.. dan yang paling penting dia tak takut nak jadik penumpang saya.. jgn harap mak saya nk jadik penumpang kepada pemandu berlesen P.. dgn saya itu tidak berlaku.. ramai2 sila tepuk tangan anda untuk saya.. hahahaha.. 

si suami pulak sangatla berhemah jugak.. pantang nak masuk jln org.. dia mesti angkat tgn walaupun saya 300% PASTI yang driver keta blakang tuh tak nampak pun tgn yg si suami angkat tuh.. jadik habit dia tuh telah menjadi ikutan saya.. bukan kena bayar pun kalau angkat tangan.. sila ikut intonasi mcm iklan di radio.. tapi iklan tuh memang btol.. buat apa nak jadik gengster di jalan raya.. lagik satu sikap sang suami.. jgn harap dia nak tekan hon.. walaupun sikap pemandu yang mencantas tuh memang menyebabkan sakit jantung.. cool sungguh laki ahkakkkk kan? bab nih pun saya copy dr suami.. benda baik harus la di copy kan?

disebabkan sifat berhemah di jalanraya dan di gate guard house epatment kami.. maka setiap kali nak masuk dan kuar umah.. awal2 lagik budak rambut kinting bulat2 dah pesan kat abah dia " abah, angkat tgn dulu".. "abah angkat tgn sat" baguih betoi budak nih.. sebok soh abah angkat tgn kat pak guard.. haru sungguh.. jadik kesimpulan entry ini ialah.. Pandulah Kenderaan Anda secara Berhemah.. sebab kalau anda gangster tak tentu pasal maka berbakul2 makian yang anda akan terima dari seluruh pemandu2 dijalanraya dan nescaya hidup anda takkan tenang kalau asik kena maki ja kan? kan?


p/s: kepada yg masih takut nak drive nasihat saya ialah, beli lah keta sendirik.. automatik anda akan berani bwk..  sebab tuh kereta anda.. lantak la nak langgaq apa tunggang terbalik pun kan? x dak sapa nk marah.. hihihihi

1 comment:

Jue Hasim said...

org yg xsuka hon ini ialah krn dia mmg tidak lahir dgn bakat dan potensi diri meng'hon'...bakat ini jugak susah diasah, sbb org yg tidak suka meng'hon' ni biasanya lembut hati a.k.a susah nk marah(yeke?)..xsampai hati nk hon la dgn kata lain..baguh2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin