Sunday, January 29, 2012

Keseimbangan asid dan alkali dalam diet harian anda!!

Apabila kita makan, setelah dicerna makanan tersebut meninggalkan kesan samada asid atau alkali dalam tubuh kita. Makanan yang meninggalkan kesan asid tidak semestinya makanan berasid seperi oren, epal masam, jeruk, etc tetapi juga makanan yang meninggalkan atom hidrogen menyebabkan kesan asid dalam tubuh.

Begitu juga dengan bahan makanan yang meninggalkan kesan alkali.
Adakah penting asid-alkali ni? Ya sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan.

 Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 dan ia harus kekal begitu untuk memastikan kita terus sihat. Jika pH darah kita menurun, maknanya jadi berasid, tandanya kita sedang sakit.

Apakah kesan buruk acidosis atau keadaan badan berasid?




 Uhhh, sangat bahaya rupanya bila badan kita berasid.
Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan asid menjadi tinggi dalam badan?








Ying dan Yang. Yesss… Keseimbangan.

Bila makan, kita kena tahu makanan apa yang boleh meninggalkan kesan asid, jadi kita naturalkan dengan makanan yang alkali.

Ya, bila dikatakan diet seimbang tu bukan ikut piramid makanan semata-mata

Tapi seimbang antara asid dan alkalinya

MAKANAN YG TINGGAL KESAN BERASID:

- daging
- ayam
- tiram
- roti
- kacang tanah
- gajus
- marjerin
- gula
- madu
- bahan pemanis
- kicap
- sos tomato
- cuka
- kopi
- teh
- makanan dalam tim
- makanan mikrowave
- jus buah yg diproses


Jadi, bila kita makanan makanan di atas, perlu seimbangkan dengan:

 MAKANAN YANG TINGGALKAN KESAN BERALKALI:

- sayuran & buah-buahan
- sayuran ubi
- kacang almond
- produk soya
- biji matahari, biji labu
- minyak zaitun
- minyak borage (wah, ini ada dalam GLA Complex)
- minyak ikan

Alkali 80 : Asid 20


Jadi, kalau selalu sakit2, anak selalu demam, rasa tak larat… Cuba check diet harian, adalah betul2 seimbang atau cuma ikut piramid makanan?

Selamat menjalani gaya makan sihat!

**credit to mommyLyna 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin